SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL...1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.(An-Nisa : 1)

Jumaat, 8 Jun 2012

Konsep & realiti dakwah kontemporari



Kontemporari merangkumi banyak cara dan kaedah yang kita perlu tahu dalam membuat dan menilai sesuatu perkara . Perkara yang perlu kita selesaikan juga memainkn peranan yang penting dalam menangani sesuatu masalah yang mungkin sukar bagi sesetengah manusia untuk menyelesaikannya .

   Ramai orang ingin berdakwah dan berniat untuk mengubah orang lain untuk jadi lebih baik daripada sekarang . Namun sukar untuk menyatakan kaedah dan cara yang betul bagi menyelesaikan masalah itu . Apa-apapun mungkin saya dapat kongsikan sedikit sebanyak tentang konsep dan realiti dakwah kontemporari . Kaedah pertama , kita melihat dua orang sedang berkapel di tepi pantai ??? Apa yang perlu kita lakukan ??? Bagaimana caranya . Adakah kita boleh terjah memarahi mereka atau kita menghina mereka ??? Timbul persoalan di sini bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah yang kian menjadi-jadi . Bagi pandangan saya , pertama kita mestilah mengajukan persoalan seperti….Assalamualaikum adik…nie siapa? ringkasnya dahulu dengar penjelasan mereka dan jangan terus menyerang tanpa usul periksa . Apabila sudah jelas maklumat tersebut barulah kita mengatakan kesalahan mereka dan memberi nasihat akan keburukan dan kemusnahan berkapel . Apa kata kita beri cadangan supaya mereka segera melangsungkan perkahwinan . Seterusnya , gunakan bahasa yang lembut dan cantik supaya mereka akan berasa selesa dengan teguran kita . Dengan itu kita dapat menarik mereka ke lembah kebaikan dan melupakan kejahatan yang mereka pernah lakukan sebelum ini .

   Begitu juga , seorang yang berdakwah mestilah berhenti sikap suka menghukum tanpa usul periksa kerana hal ini akan membawa kepada fitnah dan pertelingkahan yang berpanjangan . Selain itu ,  seorang pendakwah mestilah sentiasa menjaga amalan sunat dan fardhu supaya mendapat kekuatan daripada allah swt untuk membawa agamanya . Aantaranya zikir , solat sunat , membaca al-quran , puasa sunat dan sebagainya .

   Kita asyik marah apabila orang islam masuk kristian , tapi kita lupa bahawa kita kurang dalam menjalankan kerja dakwah menuju allah swt . Apa tidaknya kita asyik mengajar dan berdakwah hanya di surau atau masjid . Oleh yang demikian , selain daripada tempat itu kita kurang untuk mempraktikkan amalan dakwah sebagaimana sahabat nabi saw yang selalu memberi nasihat sama ada di pasar , di rumah dan sebagainya . Lantaran itu , islam tersebar luas ke serata dunia . Lihatlah saudaraku bagaimana sahabat nabi mkenjalankan kerja dakwah yang tidak mengenal erti susah dan payah .

Tahukah saudara salah satu cara orang kristian menjalankan tugas dan kerja dakwah mereka . Antaranya , pernahkan saudara fikir semasa kita solat jumaat . Terdapat segelintir remaja kita yang tidak mengerjakan solat jumaat dan mereka lepak di luar masjid . Orang kristian menjalankan dsakwah mereka semasa orang islam lain mendengar khutbah dengan memberi nasi bungkus kepada remaja islam . Dan akhirnya lama-kelamaan remaja islam tertarik dan terdetik untuk masuk kristian . Mereka beranggapan orang kristian baik hati kerana setiap jumaat mereka akan memberi nasi bungkus . Akhirnya semakin hari semakin bertambah orang murtad di Malaysia . Lihatlah bagaimana cara dan kaedah orang kristian menggunakan uslub dakwah untuk menarik anak muda kepada kristian . Perkara ini adakah kita peduli???.

   Kaedah lain juga ialah , jika kita rasa kita tidak mampu menjalankan kerja dakwah , kita sewajarnya mengambil bahagian dengan ngo dakwah supaya kita dapat saham untuk bekalan akhirat kita . Tambahan lagi , seorang pendakwah melakukan kebaikan terlebih dahulu jika mahu orang lain mendengar danmengikuti dakwahnya . Ringkasnya perlu jadi contoh teladan yang baik .

Di sini saya tinggalkan persoalan untuk kawan-kawan dan sahbat saya fikir bagaimana hendak menangani masalah di bawah ini .

1. Anda dijemput dari sekolah anda untuk memberi motivasi kepada pelajar yang suka mencuri , merompak , ponteng sekolah , malas belajar dan masalah disiplin . Bagimana anda mahu berdakwah kepada mereka? Fikirkan .

2. Anda seorang da`ei . Bagaimana anda mahu berdakwah kepada orang yang berada dalam penjara? Bincangkan .

3. Mutakhir ini , terdapat banyak masalah hubuAngan sejenis? Bagaimana anda mahu mengatasinya? Fikirkan .


Jumaat, 25 Mei 2012

KECEWA , TERTEKAN , GAGAL


Ramai manusia sering kali diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah hidup . Namun manusia sering kali sukar untuk menerima takdir dan hakikat yang berlaku . Sehinggakan asyik mengalah dan mengatakan kesalahan orang lain penyebab dalam sebuah kegagalan . Memang sukar menerima takdir yang kita tidak sangka-sangkakan . Bagaimana allah swt akan menguji manusia sebagaimana firmannya :

31.Dan sungguh , kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu , dan akan kami uji perihal kamu . (Muhammad : 31)


   Begitu juga , manusia sanggup menangis kerana gagal namun ramai mana manusia yang menangis kerana melakukan maksiat . Persoalannya apakah kita yang berkuasa menentukan segala-galanya . Akan tetapi manusia lupa apa yang telah allah swt kurniakan kepadanya selama ini walaupun hanya sekeping roti yang tiada nilai di sisi masyarakat . Sehinggakan sesetengah manusia sanggup membuang dan melemparkannya begitu sahaja tanpa berfikir panjang . Alangkah rugi dan malangnya manusia mengharapkan kemewahan dan kejayaan di dunia sehinggakan dia lupa kepada allah swt . Mungkin ramai manusia boleh bercakap dan beranggapan bahawa orang yang bercakap itu lebih senang dan lancar untuk mengatakan sabar dan relaks . Akan tetapi kita buat tidak endah sahaja . Hal ini kerana kamu boleh cakap yang demikian sebab kamu sudah lulus . Tapi jika kita fikir dan imbas kembali dosa kita kepada allah swt memang tidak terkira banyaknya . Bolehjadi apa yang sahabat kita beritahu itu adalah betul kerana apabila kita marah dan asyik menyalahkan takdir membuatkan diri kita lemah dan tak terdaya . Kejayaan dan kegagalan itu milik allah swt . Hanya allah swt mampu menolong hambanya dikala hambanya putus semangat , hilang selera makan dan sebagainya . Tetapi adakah kita terfikir untuk memohon dan mengadu kepada yang maha esa . Bolehjadi allah swt menangguhkan dahulu kejayaan kita buat masa ini untuk kejayaan kita pada masa akan datang . Alangkah indahnya kita apabila hidup berdamping dan bergantung kepada allah swt .

Firman allah swt dalam al-quran :

28.(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat allah . Ingatlah , hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenteram.(Ar-ra`d : 28).

   Lihatlah air yang sentiasa mencari jalan untuk mengalir bukan hanya mencari alasan dan kesalahan orang lain untuk dipersalahkan . Namun begitu kita disarankan berusaha dan terus maju untuk mendapatkan apa yang kita inginkan . Carilah wasilah(jalan) untuk memperolehinya . Nescaya pintu rahmat dan pertolongan allah swt amat berguna kepada orang yang ingin berubah daripada gagal kepada kejayaan . Walaupun kita sering kali tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku , namun kita mesti ingat kekuatan luar biasa pasti datang daripada allah swt . Oleh itu ayuh temanku… bangkit daripada tidur dan mimpi untuk mengubah hidup ini supaya hari ini menjadi lebih baik dari semalam . Walaupun ujian seperit mana , kita harus tanganinya…telanlah ia…bimbinglah ia supaya kita lebih terkehadapan pada masa akan datang . Masalah kekecewaan dan kelemahan pasti mengundang padah kepada manusia yang lemah . Akan tetapi manusia yang kuat akan tetap bangkit berdiri membina empayarnya sendiri untuk memajukan agama , bangsa dan negara . Kecewa dan rasa bersalah pada diri kadangkalanya membawa kelemahan dan kehinaan seperti bunuh diri , mogok lapar dan sebagainya . Hal ini amat membimbangkan kerana manusia sanggup mengorbankan nyawa kerana masalah kecil . Cuba kita fikir???adakah kejayaan kita buat masa ini menjamin kita berjaya pada masa akan datang?belum tentu . Begitu juga dengan masalah cinta?ramai anak muda dan remaja mensia-siakan hidupnya dengan membunuh diri akibat kecewa . Persoalannya?adakah islam menyuruh hambanya melakukan hal yang demikian . Islam menggesa umatnya supaya tabah dan sabar menghadapi liku-liku dan ranjau hidup ini . Bukan semua manusia yang dapat merasai kegagalan dan bukan semua manusia merasai nikmat kesenangan . Oleh itu , kita perlu bersyukur diatas kurniaannya yang menjadikan sesuatu keputusan . Ada hikmahnya allah swt menguji kita sedemikian rupa . Apa yang penting belajar dari kesilapan untuk mencorakkan masa hadapan yang lebih gemilang dan terbilang . Allah swt akan menguji hambanya untuk melihat sejauh mana keimanan kepadanya .

Firman allah swt dalam kalamnya :

2.Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,kami telah beriman dan mereka tidak diuji?.(Al-ankabut : 2).

   Apa yang penting ialah yakin dan percaya ketenangan dan kekuatan itu milik allah swt bukan milik kita ataupun milik manusia lain . Oleh itu , jadilah allah penolong dan tempat mengadu yang sebaik-baiknya . Sebagaimana firman allah swt dalam al-quran yang mulia :

4.Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka yang telah ada . Dan milik allahlah bala tentera langit dan bumi(1) , dan allah maha mengetahui , maha bijaksana .

(1)Penolong yang dijadikan allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat,haiwan,angin taufan dan sebagainya.(Al-fath : 4).

   Akhir kalam , sama-samalah kita menginsafi diri yang kerdil ini untuk mengangkat tangan memohon ampun dan doa supaya dipermudahkan urusan dan diberi ketabahan serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang masih jauh dan berliku . Maka pilihlah jalan yang lurus supaya bahagia dunia dan akhirat . Wassalam…



Ahad, 6 Mei 2012

HUTANG ??? Apa kesan dan solusinya…




Maksud : Hutang ialah wang yang diminta dan diambil daripada orang lain dan si penghutang itu berjanji akan memulangkan hutang yang dipinjam dengan jumlah yang sama nilainya . Samaada melalui wang atau tukaran barang mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak .

   Hutang menjadikan seseorang itu menanggung derita kerana sepastinya orang yang memberikan hutang akan mengancam diri penghutang itu sendiri . Jika penghutang dapat melepaskan diri sekalipun nescaya dia tidak terlepas daripada allah swt . Ini menunjukkan berhutang membawa banyak keburukan daripada kebaikan . Orang yang berada dalam kemiskinan dan kesederhanaan lebih bahagia daripada orang yang berada dalam keadaan berhutang walaupun seseorang itu miskin namun sinaran cahaya kian meluas sedangkan berhutang menjadikan cahaya akan lari berjauhan daripada kita .

   Hutang juga merupakan satu jalan yang tidak elok untuk memenuhi kehendak hawa nafsu semata-mata seperti membeli kereta yang berjenama sehingga sanggup berhutang dan bergadai nyawa untuk memilikinya . Orang yang menanggung hutang yang banyak pasti menjadikannya muflis suatu hari nanti . Hal ini disebabkan segala harta dan asset yang dia miliki akan ditarik dan dijual untuk melangsaikan hutang yang dipinjam .

   Begitu juga allah swt menyarankan kita mencatat dan menulis hutang sebagai bukti . Sebagaimana firman allah swt yang jelas dan cukup panjang dalam al-quran :

282 . Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan , hendaklah kamu menulisnya . Dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menulisannya dengan benar . Janganlah penulis menolak untuk menuliskannya sebagaimana allah swt mengajarkan kepadanya , maka hendaklah dia menuliskan . Dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan , dan hendaklah dia bertakwa kepada kepada allah swt , tuhannya dan janganlah dia mengurangi sedikitpun daripadanya . Jika yang berhutang itu orang yang kurang akalnya atau lemah(keadaannya) , atau tidak mampu merencanakan sendiri , maka hendaklah walinya merencanakannya dengan benar . Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi laki-laki diantara kamu . Jika tidak ada (saksi) dua orang laki-laki , maka (boleh)seorang lelaki dan dua orang perempuan diantara orang yang kamu sukai dari para saksi(yang ada) , agar jika yang seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatinya . Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila dipanggil . Dan janganlah kamu bosan menuliskannya , untuk batas waktunya baik(hutang itu)kecil mahupun besar . Yang demikian itu , lebih adil disisi allah swt , lebih dapat menguatkan kesaksian , dan lebih mendekatkan kamu kepada ketidakraguan , kecuali jika hal itu merupakan perdagangan tunai yang kamu jalankan diantara kamu , maka tidak ada  dosa bagi kamu jika kamu tidak menuliskannya . Dan ambillah saksi apabila kamu berjual beli , dan janganlah penulis dipersulitkan dan begitu juga saksi . Jika kamu lakukan (yang demikian) , maka sungguh , hal itu suatu kefasikan pada kamu . Dan bertakwalah kepada allah swt , allah swt memberikan pengajaran kepadamu , dan allah maha mengetahui segala sesuatu .(Al-Baqarah : 282)

   Ayat diatas menjelaskan kepada kita betapa hutang ini merupakan suatu yang membawa kepada perpecahan , pertelingkahan dan pembunuhan jika kita gagal mengatasinya . Sehinggakan adik beradik , sanak saudara , kawan karib dan jiran tetangga sanggup memutuskan hubungan silaturrahim disebabkan masalah hutang . Apapun yang berlaku kita sebolehnya mengelakkan permusuhan diantara kita disebabkan masalah ini .

   Kadang-kadang manusia leka dan lalai daripada mengingati allah swt disebabkan syaitan dan musuh-musuh allah swt yang lain seperti makhluk halus dan sebagainya menggunakan tipu daya yang membuatkan manusia rambang mata apabila melihat nikmat dunia yang canggih . Ramai manusia menggunakan makluk halus untuk memusnahkan orang lain dan mendapatkan apa yang dihajatinya . Namun demikian azab allah swt lebih pedih kepada masyarakat yang menggunakannya . Bagaimana firman allah swt menjelaskan kepada kita bahawa syaitan akan sentiasa melakukan tipu daya terhadap manusia .

5 .Wahai manusia ! Sungguh , janji allah swt itu benar , maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu , memperdayakan kamu tentang allah swt .

6 .Sungguh , syitan itu musuh bagimu , maka perlakukan ia sebagai musuh , kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala .

7 .Orang-orang yang kafir , mereka akan mendapat azab yang sangat keras . Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan , mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar .

8 .Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya , lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya allah swt menyesatkan siapa yang dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki . Maka jangan engkau(muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka . Sesungguhnya allah swt maha mengetahui apa yang mereka perbuat .
(Fatir : 5-8)

   Tidak semestinya orang yang kaya itu bahagia bagi mereka . Namun mata dan hati manusia mengatakan bahawa alangkah bahagianya orang yang memiliki harta yang melimpah ruah . Boleh jadi orang yang kita lihat kaya dan memiliki kemewahan itu ialah orang yang tidak bahagia dan aman berada di muka bumi allah swt kerana barangkali dia berhutang walaupun dia dapat menaiki kereta mewah sekalipun . Apa yang penting biar kita bahagia dunia dan akhirat . Lihatlah bagaimana allah swt mengagihkan nikmatnya kepada semua manusia samaada orang islam atau kafir . Akan tetapi perbezaannya ialah orang islam mendapat kenikmatan dunia dan akhirat . Namun orang kafir diberi kenikmatan yang melimpah ruah di dunia dan diazab diakhirat . Inilah perbezaan dan kelebihann orang islam berbanding orang kafir .

   Akhirnya saya cuba mengutarakan solusi yang kita dapat ambil supaya diri kita tidak menjadiakn hutang sebagai jambatan mencari nikmat duniawi :

1-Sederhana dalam berbelanja : Jika kita tidak mampu memiliki barang yang mahal , maka usah paksa diri untuk memilikinya kerana jika kita mengikutinya pasti kita berhutang untuk dapatkannya .

2-Jangan bertangguh membayar hutang jika kita mempunyai wang untuk melangsaikannya.

3-Usah berbohong dalam mencari kenikmatan dunia sehingga kita lupa makan duit haram.

4-Kita fikir,boleh jadi kita tidak sempat bayar wang orang yang dipinjam sebelum kita menutup mata bertemu allah swt . Oleh itu waspada dalam meminjam dan berhutang.

5-Jangan mengikuti hawa nafsu yang membuak-buak.

6-Selalu berdoa untuk menjauhi hutang kerana hutang pasti memakan diri sendiri.

7-Bersyukur dengan rezeki allah swt.

   Akhir kalam , saya menyeru diri sendiri , sahabat-sahabat , kawan karib dan teman seperjuangan supaya melangsaikan hutang apabila kita berhutang . Oleh itu tidak salah berhutang , akan tetapi menjelaskan hutang itu lebih penting kita utamakan . Wassalam…

Isnin, 30 April 2012

MENGELUH – KULIT PISANG



   Manusia sering kali ditimpa gelisah , keresahan , kegagalan , ujian dan sebagainya . Namun , semua itu manusia mampu mengatasinya dengan berusaha untuk mengelak daripada takdir . Akan tetapi bukan semua manusia dapat menyelesaikan masalah dengan hanya berdiam diri dan berkurung di dalam bilik . Apa yang penting di sini ialah bagaimana cara dan kekuatan yang kita ada untuk membina benteng bagi menghadapi masalah yang semakin berpanjangan dan berterusan . Manusia asyik menyalahkan sesuatu jika berlaku hal yang kurang menyenangkan . Sebagai contohnya , saya datangkan suatu cerita supaya kita tidak boring mengikuti blog ini :

   Pada suatu hari , Syafiq dan Ayub pergi bersiar-siar di sebuah pusat beli belah yang terkenal di ibu kota . Mereka keluar tanpa kebenaran daripada ibu bapa . Jam menunjukkan jam 9.00 malam . Syafiq mencapai kunci motor yang diletakkan di atas meja , lalu pergi ke rumah ayub . Sepanjang perjalanan , syafiq berasa gementar dan serba salah kerana keluar daripada rumah tanpa pengetahuan ibu bapa . Setibanya di rumah ayub . Syafiq menelefon ayub dan memberitahu bahawa dia sedang berada di hadapan rumahnya . Ayub tanpa membuang masa membonceng motosikal yang dipandu oleh syafiq ke pusat beli belah tersebut . Setibanya sampai di pusat beli belah tersebut . Tiba-tiba seorang inspektor polis menyapanya . Adik , boleh tunjukkan lesen . Syafiq segera menghulurkan lesen . Ok dik , diringkaskan cerita , apabila hendak pulang ke rumah . Ayub terjatuh kerana terpijak kulit pisang . Ayub mengeluh kesakitan . Kata ayub : Siapa yang membuang kulit pisang di merata-rata tempat nie? kalau x aku x jatuh…Tiba2 datang seorang pak cik tua menegur kepada mereka . Nak… x baik cakap macam tu . Jangan menyalahkan takdir . Mereka mula insaf . Mereka teringat bahawa mereka keluar tanpa pengetahuan ibu bapa . Mereka bertekad dan berazam untuk tidak lagi mengulangi kesalahan mereka .

   Setibanya di rumah , mereka memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa mereka dan menceritakan apa yang berlaku . Syafiq dan ayub bersyukur diatas kejadian semalam kerana mereka mendapat hidayah untuk berubah dan mendengar nasihat ibu bapa . Mereka menjadi anak yang taat kepada suruhan agama .

   Kesimpulannya , kita sewajarnya tidak menyalahkan takdir semata2 , akan tetapi kita perlu yakin dan percaya segala kesulitan dan kesusahan pasti ada hikmahnya . 

Sabtu, 21 April 2012

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA



   Allah swt menciptakan manusia dalam pelbagai tingkah laku,ada yang soleh ada yang kurang soleh . Begitu juga ada yang terus mencari hidayah , namun yang lebih malang lagi ialah orang yang jauh dari hidayah allah swt . Nur (cahaya) hidayah akan terpancar kepada manusia yang terpilih sahaja . Alhamdulilah kita dilahirkan dalam keadaan islam dan yakin berterusan sehingga  ke penghujung hayat . Seringkali manusia melakukan kesalahan , samaada kecil atau besar , tua atau muda . Alam ini tidak akan aman dan makmur jika tidak ada manusia yang menjalankan amar makruf nahi mungkar . Hal ini kerana manusia asyik lalai dan lupa akan kenapa  ia diciptakan? Persoalannya pihak mana yang perlu dipersalahkan? adakah pemerintah , ibu bapa , ataupun kawan . Dalam hal ini , kita tidak perlu menunding jari menyalahkan sebelah pihak sahaja . Tetapi apa yang lebih penting ialah diri seseorang individu itu sendiri harus dipersalahkan .

Sebagaimana Allah swt berfirman di dalam al-quran :

104.Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh (berbuat ) yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar . (137) Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung . (Ali-imran : 104)

(137).Makruf ialah segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada allah swt , sedangkan mungkar  ialah segala perbuatan yang menjauhkan diri dari allah.

   Allah swt menjadikan umat islam ialah umat terbaik kerana umat islam saling berpesan diantara satu sama lain.

Firman allah swt dalam al-quran :

110.Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia , kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar , dan beriman kepada allah . Sekiranya ahli kitab beriman , tentulah itu lebih baik bagi mereka . Diantara mereka ada yang beriman , namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik . (Ali-imran : 110)

   Terdapat beberapa cara dan kaedah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana hadis di bawah . Walaupun begitu bukan bermakna hanya itu sahaja cara yang kita mampu lakukan untuk mencegah kemungkaran .

Dari Abi Said Al-Khudri r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda : siapa yang melihat kemungkaran diantara kamu hendaklah ia mengubah dengan tangan ,  jika tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya , jika tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya , hal yang demikian adalah selemah-lemah iman . (riwayat muslim).

   Jelaslah bahawa hadis diatas menyarankan kita mengubah dengan tangan (kuasa) ika kita mampu melaksanakannnya , jika tidak mampu , maka ubahlah dengan percakapan , kalau tidak mampu juga bencilah di dalam hati dengan bertekad tidak akan mengikuti jejak langkah mereka .

   Akhir kalam , marilah kita semua berganding tenaga untuk saling menasihati diantara satu sama lain , kerana barangkali kita tidak perasan akan kesalahan yang kita lakukan , bolehjadi orang lain menyedari kesalahan kita . Oleh yang demikian haruslah kita saling mengingati diantara kita . Semoga hidup ini lebih bermakna dengan saling mengubah kearah kebaikan .  Wassalam...

Selasa, 17 April 2012

Bacalah Dengan Nama Allah


…..Bismillahirahmanirrahim…..




1.Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan.
2.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.Bacalah , dan tuhanmulah yang maha mulia.
4.Yang mengajar manusia dengan pena.
5.Dia mengajar manusia  apa yang tidak diketahuinya.(Al-Alaq : 1-5)

   Jelas ayat diatas , allah swt menyuruh dan menyeru hambanya membaca . Hal ini kerana membaca merupakan sumber pengetahuan dan penghilang kejahilan . Membaca merupakan satu ibadah jika membaca  kerana allah swt . Niat memainkan peranan yang penting sekali . Kita sering kali membaca doa  yang berbunyi  : Sesungguhnya sembahyangku , ibadatku , hidupku dan matiku , semuanya bagi allah , tuhan semesta alam. (Al-An`aam : 162) . Akan tetapi kita lupa dan alpa dengan apa yang kita lakukan sehinggakan kita lupa apa  yang diungkapkan .

   Wahyu pertama diturunkan kepada nabi besar Muhammad saw ialah membaca . Ini menunjukkan bahawa allah swt menggesa supaya orang islam membaca . Mana mungkin seorang yang inginkan kejayaan  ,tetapi tidak membaca . Bagaimana allah swt menciptakan langit dan bumi supaya manusia menilai dan mengambil pengajaran melalui pembacaan dan pemerhatian .

Firman allah swt dalam al-quran :

190.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran allah bagi orang yang berakal.

191.(yaitu) orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri ,duduk atau dalam keadaan berbaring , dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata , ya tuhan kami ,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia , mahasuci engkau  ,lindungilah kami dari azab neraka. (Ali-Imran : 190-191) .

   Allah swt meletakkan perbezaan diantara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui . Lebih-lebih lagi mengenai ilmu ukhrowi berbanding ilmu duniawi .

Firman allah swt dalam al-quran :

9….katakanlah , “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? sebenarnya hanya orang yang berakal sihat sahaja yang dapat menerima pelajaran”.(Az-Zumar : 9).

   Begitu juga ,terdapat hadis nabi swt yang menjanjikan ganjaran dan nikmat kepada sesiapa yang menuntut ilmu . Pepatah melayu  ada mengatakan “membaca jambatan ilmu”.

Dari Muawiyah r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : ((Barangsiapa yang allah swt mahukan kebaikan darinya nescaya dikurniakan kepandaian(kecerdikan) di dalam agama))muttafaqun alaihi.

   Apabila mati seseorang anak adam nescaya terputus amalannya . Akan tetapi ilmu yang disampaikan kepada orang lain akan menolongnya di akhirat kelak .

Dari Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah saw bersabda  : (( Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah  ,atau ilmu yang bermanafaat padanya , atau anak soleh yang mendoakannya ))riwayat muslim.

   Lantaran itu , membacalah selagi hayat dikandung badan kerana dengan ilmu dapat mengubah segala-galanya .Wallahhua`lam….



Sabtu, 7 April 2012

Hargailah secebis nikmat


   Setelah detik waktu berlalu sekian lama , ku gagahi jari jemari untuk menaip keyboard supaya menjadi tatapan umum untuk semua . Sukar untuk menyatakan nikmat dan rezeki yang kita dapat pada hari dan saat ini . Sehinggakan computer dan kalkulator sudah pening menghitung nikmat allah swt yang terlalu banyak . Alhamdulillah , syukur kepada allah tuhan semesta alam yang memberi sejuta satu nikmat bahkan lebih daripada itu bagi menguji manakah manusia yang beriman dan bersyukur dengan nikmat . Samaada nikmat kesihatan tubuh badan , nikmat rezeki yang melimpah ruah yangmana sebahagian daripada kita tidak dapat merasai nikmat sepertimana nikmat yang allah swt kurniakan kepada kita . Antaranya nikmat sabar diatas ujian allah swt terhadap hambanya . Pertamanya rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara .

1.Sihat sebelum sakit .
2.Muda sebelum tua .
3.Kaya sebelum miskin .
4.Masa lapang sebelum tibanya waktu sempit .
5.Hidup sebelum mati .

   Setiap amalan yang kita laksanakan kerana allah dengan bersabar pasti mendapat ganjaran daripada allah swt . Sehinggakan nabi saw telah menyebut dalam hadisnya bahawa setiap mukmin apabila melakukan sesuatu amalan yang baik pasti mendapat pahala :

Daripada abi yahya suhaibi ibni sinan berkata : Rasulullah saw telah bersabda : “Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin , sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan , dan hal ini tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin : Jika ia mendapat kesenangan , ia bersyukur , maka hal itu menjadi kebaikan baginya , dan jika ia mendapatkan musibah , ia bersabar , maka itu menjadi kebaikan baginya ”(Hadith Riwayat Muslim) .

   Begitu juga , allah swt telah berfirman dalam al-quran yangmana allah swt tidak akan membebani seorang hambanya jika seseorang itu tidak mampu ditanggung olehnya .

Firman allah swt dalam al-quran :

286 .Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya , ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya . (mereka berdoa) : “Ya tuhan kami , janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah . Ya Tuhan kami janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami , Ya tuhan kami engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya . maafkanlah kami , ampunilah kami dan rahmatilah kami . Engkaulah penolong kami , maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir .”(Baqarah 286)

   Allah swt telah menguji manusia dengan pelbagai cubaan , antaranya ditimpakan penyakit . Bagi seseorang yang tidak pernah menghadapi sakit kepala sepastinya tidak dapat menggambarkan kesakitan yang dirasai . Selain itu , jadilah orang yang memanafaatkan masa yang dikurniakan oleh allah swt sebelum kita ditimpa waktu sakit . Hal ini kerana apabila kita sakit , maka sukar untuk kita melakukan aktiviti bahkan untuk beribadat sekalipun kadang2 susah . Di sini saya sertakan satu doa daripad hadis nabi supaya kita amalkan agar disembuhkan penyakit . Mudah-mudahan bermanfaat kepada saya dan sahabat2 yang lain .
Ya allah , tuhan kepada sekalian manusia . hilanglah penyakit ini . sembuhkanlah , sesungguhnya engkau tuhan yang maha menyembuhkan . Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang darimu , kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit . (Riwayat bukhari dan muslim) .

   Bagi sesiapa yang menghadapi sakit kepala . Insyaallah sentiasa amalkan setelah selesai solat fardhu dengan membaca firman allah swt .

Firman allah swt dalam al-quran :

19. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk(waqiah : 19)

Moga2 kita bertekad menjadikan hari ini lebih baik dari semalam .

Isnin, 2 April 2012

Solat (siri 4) – Perkara makruh dan membatalkan solat .


Perkara makhruh ketika solat :

i.Memalingkan tengkok ketika solat kecuali ada keperluan . Makruh ini berlaku jika berpaling dengan tengkok . Sekiranya berpaling dengan dada , maka batallah solatnya .
ii.Mengangkat pandangan ke atas .
iii.Bermain dengan rambut dan menyinsing baju .
iv.Sembahyang ketika makanan sudah dihidangkan  . Jika dia solat ternyata hatinya teringat kepada makanan .
v.Solat dalam keadaan menahan hadas kecil dan besar .
vi.Sembahyang dalam keadaan mengantuk .

Perkara yang membatalkan solat :

1.Bercakap dengan sengaja .
2.Pergerakan yang banyak .
3.Pakaian yang terkena najis .
4.Terdedah aurat ketika solat .
5.Makan dan minum .
6.Berhadas sebelum salam yang pertama .
7.Berdehem , ketawa , menangis dan mengerang sakit .
8.Mengubah niat .
9.Membelakangkan kiblat .

Sabtu, 31 Mac 2012

Solat (siri 3) – Rukun , Sunat-sunat solat .





Rukun solat

1) Niat .

8) Duduk diantara dua sujud dan toma`ninah .

2) Takbirratul ihram .

9) Duduk tahiyat akhir .

3) Berdiri bagi siapa yang mampu .

10) Bacaan tahiyat akhir .

4) Baca al-fatihah .

11) Selawat  keatas nabi .

5) Rukuk berserta toma`ninah .

12) Salam pertama .

6) Iktidal daripada rukuk dengan tomaninah .

13) Tertib .

7) Sujud dan toma`ninah .



Sunat-sunat solat

Sunat solat terbahagi kepada tiga bahagian :

1-Sunat sebelum solat :
i.  Azan.
ii. Iqamah.
iii.meletakkan sesuatu di hadapan tempat sujud.

2- Sunat semasa solat  terbahagi kepada dua . Sunat ab`ah dan hai`ah . Sunat ab`ad dituntut untuk menampal dengan  sujud sahwi jika meninggalkannya  . Manakala sunat hai`ah tidak dituntut untuk menampalkannya dengan sujud sahwi  . Antaranya ialah :

a) Sunat ab`ah :
- Duduk bagi tasyahhud  awal .
-Bacaan tasyahhud awal .
- Selawat keatas nabi selepas tasyahhud  awal .
- Selawat keatas nabi selepas tasyahhud  akhir .
-Berdiri bagi membaca qunut .
- Membaca Qunut .
-Selawat keatas keluarga nabi selepas qunut .
-Selawat keatas keluarga nabi selepas tasyahhud akhir .

b) Sunat hai`ah :
- Mengangkat tangan semasa takhbirratul ihram , ketika rukuk dan bangkit daripadanya .
- Letak tangan kanan diatas tangan kiri ketika berdiri .
- Lihat pada tempat sujud .
-Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram .
-Membaca istiazah selepas doa iftitah .
-Membaca dengan kuat dan perlahan di tempat2 tertentu .
Contohnya : Sunat baca kuat pada solat subuh , dua rakaat pertama pada solat maghrib dan isya` , solat jumaat , solat hari raya , solat gerhana bulan , solat minta hujan , tarawih dan witir pada bulan ramadhan . Disunat bagi iman atau solat sendirian .
Contohnya : Sunat baca perlahan pada solat zohor , asar dan selain daripada di atas .
-Menyebut amin ketika selesai al-fatihah .
-Membaca surah ataupun ayat daripada al-quran selepas bacaan al-fatihah .
-Mengucap takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain .
-Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud .
-Meletakkan dua tangan di atas peha ketika duduk tahiyat awal dan akhir .
-Membaca selawat ibrahimiyah dan doa selepas tahiyat akhir .
-Memberi salam yang kedua (sebelah kiri) .

3.Sunat selepas solat :
i.Menyapu kepala dengan tangan .
ii.Istighfar , zikir dan doa .
iii.Berpindah tempat dari tempat sembahyang fardhu ketika hendak menunaikan sembahyang sunat .
iv.Apabila golongan lelaki solat di masjid dan di belakang mereka terdapat golongan wanita , maka disunatkan kepada golongan lelaki agar tetap duduk di tempat mereka sehinggalah golongan wanita meninggalkan tempat solatnya  . 

Sabtu, 24 Mac 2012

Solat (siri 2) – Waktu , Bilangan rakaat & Solat sunat


Masa atau waktu untuk mendirikan solat :

1-Fajar(subuh) : Masuk waktunya dengan kelihatan fajar sidiq , dan berakhir dengan terbit matahari .
2-Zohor  : Bermula waktunya dengan tergelincirnya matahari ke arah barat .
3-Asar : Bermula waktu berakhirnya waktu zohor dan berakhir sehingga terbenam matahari .
4-Maghrib : Bermula waktunya dengan terbenam matahari , dan berakhir sehingga hilang cahaya merah dan tiada kesan di sebelah barat .
5-Isya` : Masuk waktunya selepas berakhir waktu maghrib dan berakhir sehingga terbit fajar sidiq .

Bilangan rakaat

Solat fardhu
Solat sunat rawatib
Subuh : 2 rakaat
Sebelum subuh sahaja
Zohor : 4 rakaat
Sebelum dan selepas zohor
Asar : 4 rakaat
Sebelum asar sahaja
Maghrib : 3 rakaat
Sebelum dan selepas maghrib
Isya` : 4 rakaat
Sebelum dan selepas isya`

Solat Sunat

1-Solat sunat awwabin / hizful iman : Bagi memelihara keteguhan iman & menghapuskan dosa .
2-Solat sunat rawatib : Bagi menampung kekurangan solat fardhu yang dikerjakan .
3-Solat sunat hajat : Bagi memohon sesuatu hajat yang baik .
4-Solat sunat istikhoroh  : Bagi memilih & menentukan manakah yang lebih baik untuk dilakukan .
5-Solat sunat tahajjud : Dilaksanakan diwaktu malam selepas terjaga daripada tidur .
6-Solat sunat dhuha  : Bagi memohon dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka .
7-Solat sunat tasbih : Solat yang mengandungi bacaan tasbih dalam melaksanakannya .
8-Solat sunat witir : Solat penutup solat sunat dan solat malam .
9-Solat sunat istisqa` : Dilakukan supaya Allah swt menurunkan hujan & menghilangkan kemarau .
10-Solat sunat taubat  : Memohon supaya dihapuskan dosa yang telah dilakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja .

Jumaat, 23 Mac 2012

Solat (siri 1) – Takrif,syarat wajib & sah solat


Takrif solat dari segi bahasa dan istilah :

Dari segi bahasa : Doa .
Dari segi istilah : Segala perkataan dan perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbirratul ihram dan diakhiri dengan salam .

Syarat wajib solat  :

1-Islam : Tidak wajib solat keatas orang orang kafir .
2-Baligh : Tidak wajib solat keatas budak kecil ataupun orang yang belum mencapai umur baligh .
3-Berakal  : Tidak disyariatkan kepada orang yang gila atau terencat akal untuk mengerjakan solat .
4-Suci  : Tidak wajib bagi orang haid dan nifas .

Syarat sah solat :

1- Suci daripada hadas kecil dan besar . Suci terbahagi kepada empat bahagian :
i . Suci tubuh badan daripada hadas kecil dan besar . Tidak diterima solat tanpa wudhuk ataupun berada dalam keadaan hadas .
ii . Suci badan daripada najis .
iii . Suci pakaian daripada najis .
iv  . Suci tempat solat ataupun sujud daripada najis .
2- Tahu dengan yakin bahawa sudah masuk waktu solat .
3- Menutup aurat . Aurat ialah setiap apa yang wajib ditutup ataupun haram melihatnya . Sempadan aurat lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut . Bagi wanita pula ialah semua badan kecuali tangan dan muka  .  Apabila seorang lelaki atau wanita membuka aurat ketika solat , maka terbatallah solatnya .
4- Menghadap kiblat .



Sabtu, 17 Mac 2012

Apa dia mak???


  
   Dalam sebuah kampung terdapat seorang ibu janda yang sangat kuat beriman kepada allah swt . Dia sering menunaikan solat berjemaah di surau serta selalu berzikir kepada allah swt apabila terdapat masa dan ruang yang kosong . Selain itu , dia memiliki seorang anak lelaki yang berusia dua puluhan . Anaknya seorang yang nakal . Namun si ibu sedaya upaya mendidik anak tersebut supaya menjadi insan yang terpuji . Akan tetapi didikan ibu tidak membuahkan hasil . Si anak semakin hari semakin liar dan ganas akibat bergaul dengan sekumpulan mat rempit di sebuah pekan yang tidak jauh dari kampungnya . Ibunya semakin risau dengan perbuatan anaknya .

   Masa berlalu dengan pantas dan cepat . Kebetulan pada hari itu , si ibu menyuruh si anak ke kedai untuk membeli sekilo gula kerana gula sudah sehari kehabisan . Lantas si anak menjawab dengan nada keras : Tak nak lah mak , sibuk… nak pergi jumpa kawan nie…Si ibu menitiskan air mata mendengar kata-kata si anak tadi…Si ibu mengesatkan air mata yang semakin lancar mengalir dengan tuala kecil yang tergenggam erat di tangannya…Tanpa membuang masa , si ibu menceritakan kisah luqman di dalam al-quran yang menasihati anaknya . Dengar apa yang mak nak ceritakan ini . Semoga cerita ini dapat melembutkan hatimu untuk berubah menjadi insan yang lebih baik . Si ibu tadi memulakan cerita tersebut dengan kalimah bismillah..

Wahai anak yang kukasihi…
Dengarlah apa yang ibu katakan
Jangan kamu menilai air mata ibu yang menitis ini
Namun kau ambillah untuk bekalan akhiratmu
Kerana ibu bimbang kau tergelongsor jatuh ke dalam gaung neraka…

Firman Allah swt dalam al-quran :

13.  Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya , di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : "Hai anakku , janganlah kamu mempersekutukan Allah , Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" .

14.  Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya , ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah , dan menyusukannya dalam masa dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu , hanya kepada akulah kembalimu.

15.  Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu , maka janganlah kamu mengikuti keduanya , dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku , kemudian hanya kepada-akulah kembalimu , maka aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan .

16.  (Luqman berkata): "Hai anakku , sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui.

17.  Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu . Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18.  Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19.  Dan sederhanalah kamu dalam berjalan[1182] dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

[1180]  Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyusu ialah setelah anak berumur dua tahun.
[1181]  yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.
[1182]  Maksudnya: ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat.

   Ibu rasa cukuplah sekadar itu yang ibu dapat sampaikan kepada anak ibu . Ibu sangat sayangkan kamu walaupun kamu banyak melukakan hati ibu . Tiba-tiba air mata si anak berjurai jatuh ke lantai rumah yang usang…buuu…maafkanku buuu…Aku banyak melakukan dosa terhadapmu…

   Berkata si ibu tadi : Sebenarnya ibu sudah memaafkan kamu sejak dahulu lagi kerana ibu sayangkan kamu..mendengar ucapan si ibu tadi..Si anak semakin bertambah sedih mengenangkan dosa yang telah dilakukan terhadap ibunya . Akhinya si anak berubah daripada sikap yang keji tadi dan menjaga ibunya sampai ke akhir hayat.

  Sekadar itu sahaja celoteh ringkas yang saya dapat isi untuk tantapan semua orang supaya kita menghormati ibu bapa kita sepertimana mereka mengasihi kita sewaktu kita kecil .