SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL...1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.(An-Nisa : 1)

Sabtu, 31 Mac 2012

Solat (siri 3) – Rukun , Sunat-sunat solat .





Rukun solat

1) Niat .

8) Duduk diantara dua sujud dan toma`ninah .

2) Takbirratul ihram .

9) Duduk tahiyat akhir .

3) Berdiri bagi siapa yang mampu .

10) Bacaan tahiyat akhir .

4) Baca al-fatihah .

11) Selawat  keatas nabi .

5) Rukuk berserta toma`ninah .

12) Salam pertama .

6) Iktidal daripada rukuk dengan tomaninah .

13) Tertib .

7) Sujud dan toma`ninah .



Sunat-sunat solat

Sunat solat terbahagi kepada tiga bahagian :

1-Sunat sebelum solat :
i.  Azan.
ii. Iqamah.
iii.meletakkan sesuatu di hadapan tempat sujud.

2- Sunat semasa solat  terbahagi kepada dua . Sunat ab`ah dan hai`ah . Sunat ab`ad dituntut untuk menampal dengan  sujud sahwi jika meninggalkannya  . Manakala sunat hai`ah tidak dituntut untuk menampalkannya dengan sujud sahwi  . Antaranya ialah :

a) Sunat ab`ah :
- Duduk bagi tasyahhud  awal .
-Bacaan tasyahhud awal .
- Selawat keatas nabi selepas tasyahhud  awal .
- Selawat keatas nabi selepas tasyahhud  akhir .
-Berdiri bagi membaca qunut .
- Membaca Qunut .
-Selawat keatas keluarga nabi selepas qunut .
-Selawat keatas keluarga nabi selepas tasyahhud akhir .

b) Sunat hai`ah :
- Mengangkat tangan semasa takhbirratul ihram , ketika rukuk dan bangkit daripadanya .
- Letak tangan kanan diatas tangan kiri ketika berdiri .
- Lihat pada tempat sujud .
-Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram .
-Membaca istiazah selepas doa iftitah .
-Membaca dengan kuat dan perlahan di tempat2 tertentu .
Contohnya : Sunat baca kuat pada solat subuh , dua rakaat pertama pada solat maghrib dan isya` , solat jumaat , solat hari raya , solat gerhana bulan , solat minta hujan , tarawih dan witir pada bulan ramadhan . Disunat bagi iman atau solat sendirian .
Contohnya : Sunat baca perlahan pada solat zohor , asar dan selain daripada di atas .
-Menyebut amin ketika selesai al-fatihah .
-Membaca surah ataupun ayat daripada al-quran selepas bacaan al-fatihah .
-Mengucap takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain .
-Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud .
-Meletakkan dua tangan di atas peha ketika duduk tahiyat awal dan akhir .
-Membaca selawat ibrahimiyah dan doa selepas tahiyat akhir .
-Memberi salam yang kedua (sebelah kiri) .

3.Sunat selepas solat :
i.Menyapu kepala dengan tangan .
ii.Istighfar , zikir dan doa .
iii.Berpindah tempat dari tempat sembahyang fardhu ketika hendak menunaikan sembahyang sunat .
iv.Apabila golongan lelaki solat di masjid dan di belakang mereka terdapat golongan wanita , maka disunatkan kepada golongan lelaki agar tetap duduk di tempat mereka sehinggalah golongan wanita meninggalkan tempat solatnya  . 

Sabtu, 24 Mac 2012

Solat (siri 2) – Waktu , Bilangan rakaat & Solat sunat


Masa atau waktu untuk mendirikan solat :

1-Fajar(subuh) : Masuk waktunya dengan kelihatan fajar sidiq , dan berakhir dengan terbit matahari .
2-Zohor  : Bermula waktunya dengan tergelincirnya matahari ke arah barat .
3-Asar : Bermula waktu berakhirnya waktu zohor dan berakhir sehingga terbenam matahari .
4-Maghrib : Bermula waktunya dengan terbenam matahari , dan berakhir sehingga hilang cahaya merah dan tiada kesan di sebelah barat .
5-Isya` : Masuk waktunya selepas berakhir waktu maghrib dan berakhir sehingga terbit fajar sidiq .

Bilangan rakaat

Solat fardhu
Solat sunat rawatib
Subuh : 2 rakaat
Sebelum subuh sahaja
Zohor : 4 rakaat
Sebelum dan selepas zohor
Asar : 4 rakaat
Sebelum asar sahaja
Maghrib : 3 rakaat
Sebelum dan selepas maghrib
Isya` : 4 rakaat
Sebelum dan selepas isya`

Solat Sunat

1-Solat sunat awwabin / hizful iman : Bagi memelihara keteguhan iman & menghapuskan dosa .
2-Solat sunat rawatib : Bagi menampung kekurangan solat fardhu yang dikerjakan .
3-Solat sunat hajat : Bagi memohon sesuatu hajat yang baik .
4-Solat sunat istikhoroh  : Bagi memilih & menentukan manakah yang lebih baik untuk dilakukan .
5-Solat sunat tahajjud : Dilaksanakan diwaktu malam selepas terjaga daripada tidur .
6-Solat sunat dhuha  : Bagi memohon dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka .
7-Solat sunat tasbih : Solat yang mengandungi bacaan tasbih dalam melaksanakannya .
8-Solat sunat witir : Solat penutup solat sunat dan solat malam .
9-Solat sunat istisqa` : Dilakukan supaya Allah swt menurunkan hujan & menghilangkan kemarau .
10-Solat sunat taubat  : Memohon supaya dihapuskan dosa yang telah dilakukan sama ada sengaja ataupun tidak sengaja .

Jumaat, 23 Mac 2012

Solat (siri 1) – Takrif,syarat wajib & sah solat


Takrif solat dari segi bahasa dan istilah :

Dari segi bahasa : Doa .
Dari segi istilah : Segala perkataan dan perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbirratul ihram dan diakhiri dengan salam .

Syarat wajib solat  :

1-Islam : Tidak wajib solat keatas orang orang kafir .
2-Baligh : Tidak wajib solat keatas budak kecil ataupun orang yang belum mencapai umur baligh .
3-Berakal  : Tidak disyariatkan kepada orang yang gila atau terencat akal untuk mengerjakan solat .
4-Suci  : Tidak wajib bagi orang haid dan nifas .

Syarat sah solat :

1- Suci daripada hadas kecil dan besar . Suci terbahagi kepada empat bahagian :
i . Suci tubuh badan daripada hadas kecil dan besar . Tidak diterima solat tanpa wudhuk ataupun berada dalam keadaan hadas .
ii . Suci badan daripada najis .
iii . Suci pakaian daripada najis .
iv  . Suci tempat solat ataupun sujud daripada najis .
2- Tahu dengan yakin bahawa sudah masuk waktu solat .
3- Menutup aurat . Aurat ialah setiap apa yang wajib ditutup ataupun haram melihatnya . Sempadan aurat lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut . Bagi wanita pula ialah semua badan kecuali tangan dan muka  .  Apabila seorang lelaki atau wanita membuka aurat ketika solat , maka terbatallah solatnya .
4- Menghadap kiblat .



Sabtu, 17 Mac 2012

Apa dia mak???


  
   Dalam sebuah kampung terdapat seorang ibu janda yang sangat kuat beriman kepada allah swt . Dia sering menunaikan solat berjemaah di surau serta selalu berzikir kepada allah swt apabila terdapat masa dan ruang yang kosong . Selain itu , dia memiliki seorang anak lelaki yang berusia dua puluhan . Anaknya seorang yang nakal . Namun si ibu sedaya upaya mendidik anak tersebut supaya menjadi insan yang terpuji . Akan tetapi didikan ibu tidak membuahkan hasil . Si anak semakin hari semakin liar dan ganas akibat bergaul dengan sekumpulan mat rempit di sebuah pekan yang tidak jauh dari kampungnya . Ibunya semakin risau dengan perbuatan anaknya .

   Masa berlalu dengan pantas dan cepat . Kebetulan pada hari itu , si ibu menyuruh si anak ke kedai untuk membeli sekilo gula kerana gula sudah sehari kehabisan . Lantas si anak menjawab dengan nada keras : Tak nak lah mak , sibuk… nak pergi jumpa kawan nie…Si ibu menitiskan air mata mendengar kata-kata si anak tadi…Si ibu mengesatkan air mata yang semakin lancar mengalir dengan tuala kecil yang tergenggam erat di tangannya…Tanpa membuang masa , si ibu menceritakan kisah luqman di dalam al-quran yang menasihati anaknya . Dengar apa yang mak nak ceritakan ini . Semoga cerita ini dapat melembutkan hatimu untuk berubah menjadi insan yang lebih baik . Si ibu tadi memulakan cerita tersebut dengan kalimah bismillah..

Wahai anak yang kukasihi…
Dengarlah apa yang ibu katakan
Jangan kamu menilai air mata ibu yang menitis ini
Namun kau ambillah untuk bekalan akhiratmu
Kerana ibu bimbang kau tergelongsor jatuh ke dalam gaung neraka…

Firman Allah swt dalam al-quran :

13.  Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya , di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : "Hai anakku , janganlah kamu mempersekutukan Allah , Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" .

14.  Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya , ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah , dan menyusukannya dalam masa dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu , hanya kepada akulah kembalimu.

15.  Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu , maka janganlah kamu mengikuti keduanya , dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku , kemudian hanya kepada-akulah kembalimu , maka aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan .

16.  (Luqman berkata): "Hai anakku , sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui.

17.  Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu . Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18.  Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19.  Dan sederhanalah kamu dalam berjalan[1182] dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

[1180]  Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyusu ialah setelah anak berumur dua tahun.
[1181]  yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.
[1182]  Maksudnya: ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat.

   Ibu rasa cukuplah sekadar itu yang ibu dapat sampaikan kepada anak ibu . Ibu sangat sayangkan kamu walaupun kamu banyak melukakan hati ibu . Tiba-tiba air mata si anak berjurai jatuh ke lantai rumah yang usang…buuu…maafkanku buuu…Aku banyak melakukan dosa terhadapmu…

   Berkata si ibu tadi : Sebenarnya ibu sudah memaafkan kamu sejak dahulu lagi kerana ibu sayangkan kamu..mendengar ucapan si ibu tadi..Si anak semakin bertambah sedih mengenangkan dosa yang telah dilakukan terhadap ibunya . Akhinya si anak berubah daripada sikap yang keji tadi dan menjaga ibunya sampai ke akhir hayat.

  Sekadar itu sahaja celoteh ringkas yang saya dapat isi untuk tantapan semua orang supaya kita menghormati ibu bapa kita sepertimana mereka mengasihi kita sewaktu kita kecil .

Selasa, 13 Mac 2012

ELOKLAH TU…SAMPAI BILA


   Di suatu keheningan malam yang disinari lampu yang suram , sempat saya berbincang dan bertukar-tukar pandangan bersama sahabat saya  . Saya usulkan kepada sahabat saya mengenai satu perkara yang dibimbangi mengundang masalah  tanpa ada rasa pencegahan dan penelitian daripada beberapa pIhak . Kita khuatir jika perkara ini hilang di mata masyarakat yang semakin jauh dengan nikmat duniawi . Terdapat  sahabat ana mengusulkan  cadangan dan pandangan yang sesuai tentang isu bagaimana cara untuk menarik anak muda untuk kembali mendekati rumah allah swt . Hal ini kerana kita khuatir rumah allah swt lenyap tanpa dihiasi golongan muda . Rata-rata hanya terdapat golongan tua yang pastinya suatu hari nanti pergi meninggalkan kita .

Antara kesimpulan daripada perbincangan yang kami dapat ialah :

1.  Sentiasa pandai mengambil hati golongan muda dengan cara mendekati mereka dengan apa yang mereka sukai . Sebagai contohnya ialah jika mereka suka bermain futsal , apa salahnya jika kita juga serta bermain bersama mereka . Apabila tiba waktu yang sesuai , kita terapkan isu dakwah iaitu dengan melakukan solat apabila kedengaran laungan azan .

2.  Cuba tunjukkan contoh teladan yang baik . Samaada dari segi perkataan mahupun perbuatan . Hal ini kerana nabi Muhammad saw sendiri berakhlak dengan akhlak terpuji dalam menjalankan dakwah .

3. Perbanyakkan aktiviti yang berkait rapat dengan remaja di masjid dan surau seperti menganjurkan pertandingan takraw peringkat masjid . Mengadakan ekspedisi  motor dengan menghadiahkan baju dan sebagainya . Dengan cara ini lebih mudah untuk menarik ramai muda mudi di luar sana supaya menjadikan rumah allah sebagai tempat menjalankan aktiviti berfaedah . Bila dah cinta dan kasih maka mudahlah mereka mengimarahkan rumah allah swt .

4. Kita dahulu mesti berubah baru mengubah orang lain yang jauh terpesong . Jangan kita sangka kita dapat mengubah orang lain jika kita sendiri sukar mengubahnya .

5. Mohonlah doa kepada allah swt supaya hati mereka menjadi lembut dan berdetik untuk menjejakkan kaki ke rumah allah swt.

Akhirnya ambillah apa yang sesuai untuk dijadikan cara untuk menarik anak muda mengimarahkan rumah allah swt kerana kita tahu tanpa pemuda runtuhlah agama , banga dan negara . Perlu ditegaskan di sini , bahawa tugas dakwah bukan terletak kepada kaum lelaki sahaja atau kepada kaum wanita sahaja . Akan tetapi kita semua perlu menghidupkannya.…..wassalam..

Jumaat, 9 Mac 2012

Tiada kata seindah kalimahmu


   
   Allah swt telah mengurniakan kepada kita lidah dan mulut yang elok lagi enak dengan kata-kata . Sedangkan terdapat segelintir manusia di luar sana yang kurang elok daripada kita . Namun kita sering menggunakan apa yang kita ada untuk keseronokan dunia yang sementara . Bukankah kita yakin bahawa dunia hanya sementara . Orang ramai menyangka orang yang hebat dan terbaik ialah orang yang dapat mengejutkan orang ramai dan mempunyai harta yang bertimbung setinggi gunung . Akan tetapi hakikatnya sukar ditafsirkan mengikut kaca mata islam . Belum tentu kita bahagia walaupun mempunyai wang yang banyak . Lantaran itu , allah swt telah meletakkan garis panduan kepada muslimin dan muslimah supaya perbanyakkan mengingati allah swt . Setiap ruang lingkup yang kosong dalam kehidupan , kita seringkali isi dengan bergurau senda , bercakap kosong , caci mencaci dan umpat mengumpat antara sesama kita . Tapi kita sering lupa natijahnya pasti mengundang kemurkaan daripada allah swt .

   Sepasang kekasih menghadiahkan kepada kekasihnya sebuah hadiah yang diisi di dalamnya stokin yang busuk dan kotor . Nescaya kekasih tersebut pasti kecewa kerana dia pasti mengharapkan sebutir mutiara yang bernilai , akan tetapi sebaliknya yang berlaku . Begitu juga allah swt pasti marah kepada hambanya jika menggunakan nikmat mulut untuk mengumpat , mencaci , menghina kepada manusia lain . Lebih-lebih lagi mencaci sesama kita sendiri . Kita bimbang dan khuatir pada hari ini , kita sering mengumpat sesama kita . Apa tidaknya kerana kunci permusuhan dan perbalahan ialah bermula daripada mengumpat dan menuduh sesama muslim . Kita juga bimbang jika allah swt tidak menerima amalan kita disebabkan kita mengumpat .
Masa bergerak dengan pantas bagai air terjun yang jatuh dari tempat tinggi . Bangun tidur , bangun tidur kematian semakin hampir menemui kita . Perlu diigatkan di sini….ramai manusia yang belajar ilmu agama namun tidak luput pada pandangan mereka mengumpat dan mencaci sesama mukmin . Kita khuatir ibadah yang mereka lakukan tidak diterima dan tertahan disebabkan dosa mengumpat dan mencaci tadi . Bolehjadi kita rasa suka dan gembira kerana dapat menjatuhkan maruah seseorang , namun kita lupa bahawa dosa kita pasti dihisab di akhirat nanti . Jika kita tidak bersetuju dengan cadangan orang lain , kita sewajarnya menegur dengan cara yang baik . Jangan asyik kita mengumpat dan mencaci kerana pasti diri kita akan merana.

Firman allah swt dalam al-quran :

148. Allah tidak mengasihi perkataan buruk yang diucapkan dengan terus terang , kecuali(bagi) orang yang dizalimi . Allah maha mendengar lagi maha mengetahui .

149. Jika kamu lahirkan kebaikan atau kamu sembunyikan atau kamu maafkan suatu kesalahan  , maka sesungguhnya allah maha pemaaf lagi maha kuasa .(surah an-nisaa : 148-149)

   Oleh itu marilah kita perbanyakkan menutur kalimah “ lailahaillawwah muhammadur rasulawwah(kalimah toyyibah)” supaya hidup kita lebih tenang dan bahagia menempuh liku-liku kehidupan . Kita mungkin berpendapat bahawa aku tidak mengumpat dan mencela . Namun , kita sebagai seorang mukmin sewajarnya menegur dan menasihati sahabat kita yang terlanjur jika kita melihat mereka melakukan kesalahan mengumpat , mencaci dan sebagainya . Sebelum saya menutup tirai penulisan , hayatilah ayat ini sebagai renungan kita bersama .

Firman allah swt dalam al-quran :

35. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi . Perumpamaan cahaya Allah , adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada Pelita besar . Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara , yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkatinya , (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi , walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki , dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia , dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu . (An-nur : ayat 35)

[1039]  yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lobang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, Biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain.
[1040]  Maksudnya: pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.

Wassalam…