SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL...1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.(An-Nisa : 1)

Selasa, 13 Mac 2012

ELOKLAH TU…SAMPAI BILA


   Di suatu keheningan malam yang disinari lampu yang suram , sempat saya berbincang dan bertukar-tukar pandangan bersama sahabat saya  . Saya usulkan kepada sahabat saya mengenai satu perkara yang dibimbangi mengundang masalah  tanpa ada rasa pencegahan dan penelitian daripada beberapa pIhak . Kita khuatir jika perkara ini hilang di mata masyarakat yang semakin jauh dengan nikmat duniawi . Terdapat  sahabat ana mengusulkan  cadangan dan pandangan yang sesuai tentang isu bagaimana cara untuk menarik anak muda untuk kembali mendekati rumah allah swt . Hal ini kerana kita khuatir rumah allah swt lenyap tanpa dihiasi golongan muda . Rata-rata hanya terdapat golongan tua yang pastinya suatu hari nanti pergi meninggalkan kita .

Antara kesimpulan daripada perbincangan yang kami dapat ialah :

1.  Sentiasa pandai mengambil hati golongan muda dengan cara mendekati mereka dengan apa yang mereka sukai . Sebagai contohnya ialah jika mereka suka bermain futsal , apa salahnya jika kita juga serta bermain bersama mereka . Apabila tiba waktu yang sesuai , kita terapkan isu dakwah iaitu dengan melakukan solat apabila kedengaran laungan azan .

2.  Cuba tunjukkan contoh teladan yang baik . Samaada dari segi perkataan mahupun perbuatan . Hal ini kerana nabi Muhammad saw sendiri berakhlak dengan akhlak terpuji dalam menjalankan dakwah .

3. Perbanyakkan aktiviti yang berkait rapat dengan remaja di masjid dan surau seperti menganjurkan pertandingan takraw peringkat masjid . Mengadakan ekspedisi  motor dengan menghadiahkan baju dan sebagainya . Dengan cara ini lebih mudah untuk menarik ramai muda mudi di luar sana supaya menjadikan rumah allah sebagai tempat menjalankan aktiviti berfaedah . Bila dah cinta dan kasih maka mudahlah mereka mengimarahkan rumah allah swt .

4. Kita dahulu mesti berubah baru mengubah orang lain yang jauh terpesong . Jangan kita sangka kita dapat mengubah orang lain jika kita sendiri sukar mengubahnya .

5. Mohonlah doa kepada allah swt supaya hati mereka menjadi lembut dan berdetik untuk menjejakkan kaki ke rumah allah swt.

Akhirnya ambillah apa yang sesuai untuk dijadikan cara untuk menarik anak muda mengimarahkan rumah allah swt kerana kita tahu tanpa pemuda runtuhlah agama , banga dan negara . Perlu ditegaskan di sini , bahawa tugas dakwah bukan terletak kepada kaum lelaki sahaja atau kepada kaum wanita sahaja . Akan tetapi kita semua perlu menghidupkannya.…..wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan