SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL...1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.(An-Nisa : 1)

Jumaat, 23 Mac 2012

Solat (siri 1) – Takrif,syarat wajib & sah solat


Takrif solat dari segi bahasa dan istilah :

Dari segi bahasa : Doa .
Dari segi istilah : Segala perkataan dan perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan takbirratul ihram dan diakhiri dengan salam .

Syarat wajib solat  :

1-Islam : Tidak wajib solat keatas orang orang kafir .
2-Baligh : Tidak wajib solat keatas budak kecil ataupun orang yang belum mencapai umur baligh .
3-Berakal  : Tidak disyariatkan kepada orang yang gila atau terencat akal untuk mengerjakan solat .
4-Suci  : Tidak wajib bagi orang haid dan nifas .

Syarat sah solat :

1- Suci daripada hadas kecil dan besar . Suci terbahagi kepada empat bahagian :
i . Suci tubuh badan daripada hadas kecil dan besar . Tidak diterima solat tanpa wudhuk ataupun berada dalam keadaan hadas .
ii . Suci badan daripada najis .
iii . Suci pakaian daripada najis .
iv  . Suci tempat solat ataupun sujud daripada najis .
2- Tahu dengan yakin bahawa sudah masuk waktu solat .
3- Menutup aurat . Aurat ialah setiap apa yang wajib ditutup ataupun haram melihatnya . Sempadan aurat lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut . Bagi wanita pula ialah semua badan kecuali tangan dan muka  .  Apabila seorang lelaki atau wanita membuka aurat ketika solat , maka terbatallah solatnya .
4- Menghadap kiblat .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan