SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL...1. Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.(An-Nisa : 1)

Rabu, 29 Februari 2012

Bangkit selagi mampu


  
 Setelah beberapa hari berlalu , rasanya begitu cepat dan pantas mengenangkan masa yang sudah berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah . Di kesempatan ini belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki dan mengejar masa supaya kita tidak lagi ketinggalan jauh di belakang . Hargailah ia sebagaimana kamu menghargai diri kamu . Dalam kesibukan dunia , kita asyik mengorak langkah mengatur strategi untuk mendapatkan habuan dunia , namun kita tidak mengatur langkah untuk mendapatkan redha allah swt kepada kita .

   Allah swt memberikan kita waktu sehari semalam , sama rata kepada semua manusia . Akan tetapi kenapa kita belum pernah menggunakan segala waktu yang kita ada untuk diisi dengan aktiviti yang berfaedah . Jadikanlah waktu yang kamu ada sekarang untuk mengumpul sebanyak mungkin kekayaan dunia dan akhirat . Ingatlah hari ini tidak akan kembali mengulangi hari kelmarin , begitu juga tindakan kita yang lepas pasti berlalu hilang . Lakukanlah kebaikan pada hari ini sebelum kita tidak terdaya melakukannya lagi . Sebagai contohnya , lakukanlah solat berjemaah di masid pada usia muda sebelum datang usia tua yang menyakitkan . Masa tu…. Lutut dah berketar , mata dah kabul , tak terdaya boleh dikatakan….kalau dah tahu umur kita semakin hari semakin tua…carilah bekalan dunia dan akhirat.

Firman allah swt dalam al-quran :

1.Demi masa,2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(berpesan-pesan)dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.(al-asr : ayat 1-3)

   Jika kita mampu bangun malam semata-mata tengok bola , kenapa kita tidak berfikir untuk bangkit daripada tidur untuk melakukan solat malam . Banyak kelebihan dan kekuatan yang pasti dikurniakan oleh allah swt kepada hambanya jika beristiqomah mengerjakannya . Tidak pernah kita fikir akan mengutamakan ibubapa berbanding kawan-kawan kita . Apabila tiba hari lahir kawan kita . Kita cepat-cepat memberikan hadiah , namun kita tidak terlintas hendak mengucapkan hari lahir kepada kedua orang tua kita . Mereka menjaga , membelai dan mengusap kita daripada kecil sehingga sekarang . Kita selalu kata kita sukar menggenggam kejayaan , namun kita lupa sebanyak mana kita memohon doa kepada yang maha esa . Cuba kita fikirkan adakah 10 kali,20 kali,100 kali ????belum cukup wahai saudaraku . Insyaallah tiba suatu hari pasti allah swt memakbulkannya  . Kita hidup kerana allah dan kita mati kerana allah . Ini kerana kita hamba kepada pencipta.

Firman allah swt dalam al-quran :

162.Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku , ibadahku , hidupku dan matiku , semuanya bagi allah swt , tuhan semesta alam . (al-an`aam : ayat 162)

    Begitu juga , orang yang hebat pasti sukar untuk mengalah . Dia akan pastikan dirinya bangkit kembali kerana dia yakin semua orang pasti berada di atas dan dibawah . Oleh itu , berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa . Namun , manusia yang lemah semakin kecewa dan beranggapan buruk bahawa diri ini sukar diubah , sukar yakin untuk mengulanginya kembali . Jadilah seperti roda kereta yang sentiasa setia kepada tuanya selagi hayat dikandung badan.

   Sebelum saya mengundurkan diri  , sama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain . Sesungguhnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan . Oleh itu , tegurlah saudaramu jika kamu melihat dia melakukan kesalapan .  Hadis nabi ada menyebut : Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat(perkataan) . Wassalam…

Sabtu, 25 Februari 2012

Syukur VS Mengeluh



   Perkataan syukur sering disebut di bibir mulut . Tetapi sejauh mana penghayatan dan perjalanan kalimah syukur yang kita sering ungkapkan itu . Adakah dengan hanya berkata aku sudah bersyukur . Sedangkan cuba kita fikirkan apa yang kita telah lakukan kepada pencipta kita iaitu allah swt . Allah swt memberikan kita makan , minum , kesihatan , nikmat tubuh badan dan sebagainya . Cuba kita bayangkan jika allah swt meminta kita supaya membayar setiap nikmat yang kita gunakan seperti nikmat tangan , mata , telinga dan sebagainya . Persoalannya adakah kita mampu membayarnya? jawapannya sepastinya kita ketahui . Cuba kita bayangkan….jika allah swt menyuruh kita membayar setiap sedutan udara dan oksigen , nescaya kita tidak mampu membayarnya walaupun kita mendakwa bahawa kita mempunyai wang yang banyak . Adakah patut kita sebagai seorang hambanya berkata sedemikian . Sedangkan kita tahu bahawa hanya allah yang memiliki segala isi langit dan bumi . Oleh itu , sewajarnya kita mengungkapkan kalimah syukur bukan hanya sekadar di bibir mulut tanpa disusuli dengan perbuatan . Jika kita bersyukur nescaya allah tambahkan lagi .

Firman allah swt dalam al-quran :

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mamaklumkan,sesungguhnya jika kamu bersyukur ,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari ( nikmatku),maka pasti azabku sangat berat  . (surah Ibrahim:ayat 7)

   Zaman mutakhir ini , terdapat segelintir umat islam yang tidak bersyukur dan akur terhadap ujian dan cubaan yang mereka hadapi . Seringkali kita mengatakan “Kenapa aku diuji sedemikian sedangkan aku tidak melakukan dosa?” . Perlu ditegaskan ujian yang diberikan oleh allah swt kepada kita ialah untuk menghapuskan dosa yang telah kita lakukan selama ini . Mana mungkin seorang manusia itu tidak pernah melakukan dosa sepanjang hidupnya . Manusia yang lemah sepastinya asyik mengeluh tanpa berfikir bahawa ujian itu datang daripada allah swt .

   Kita seringkali berkata “Aku sudah belajar namun kenapa aku masih tidak berjaya?”. Sedangkan orang lain belajar biasa-biasa sahaja jauh lebih cemerlang daripadaku . Tidak dinafikan kata-kata tersebut , namun bagi orang yang beriman pasti akan berkata bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Bolehjadi jika allah swt memberi kejayaan kepada kita , kita akan semakin jauh daripada allah swt . Oleh itu allah swt memberikan kegagalan supaya kita semakin mencari dan menggali dengan lebih dalam untuk lebih mengenali pencipta . Hal yang sedemikian perlu diperbaiki supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat allah swt . Allah swt tidak akan memandang berapa banyak A yang kita perolehi , tetapi allah swt akan menilai sejauh mana keimanan kepadanya.

   Orang yang sering bersyukur dengan rahmat allah pasti mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat . Akan tetapi orang yang asyik mengeluh dan berputus asa akan berhenti di tengah jalan sebelum sempat menamatkan lariannya . Allah swt memberi kita nikmat kaki , namun kita sering lupa akan nikmat tersebut kerana kita tidak pernah merasai kehilangannya . Sepastinya orang yang tidak mempunyai kaki sahaja yang tahu akan nikmatnya  jika mempunyai kaki . Begitu juga nikmat tangan , mata dan sebaginya .

   Di kesempatan ini sama-samalah kita menghitung dan menilai sejauh mana syukur kita akan nikmat allah swt sedangkan ramai manusia di luar sana yang dahagakan nikmat ini . Mungkin rata-rata manusia mengatakan alangkah nikmatnya ada wang yang banyak . Namun kenikmatan yang perlu dicapai ialah kenikmatan iman dan islam . Inilah perpezaan kita antara orang kafir dan orang islam . Akhir kata , sama-samalah kita berubah dan menginsafi akan nikmat yang allah swt kurniakan kepada kita . Tanamkan niat untuk berubah sepastinya anda mampu melakukannya . wassalam…

Khamis, 23 Februari 2012

Sifat sahabat nabi saw yang mulia


   Terdapat banyak sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh para sahabat atas didikan dan tunjuk ajar rasullullah saw dalam segenap ruang lingkup kehidupan . Namun di kesempatan ini saya akan simpulkan enam sifat yang wajib ada dalam diri para sahabat . Orang yang aktif dan giat untuk melakukan dakwah pasti mendalami dan memahami enam perkara ini . Hal ini kerana inilah kunci kepada tarbiyah dakwah yang diterapkan . Bukan bermakna selain daripada sifat yang akan dihuraikan nanti terkeluar daripada sifat mahmudah . Namun saya lebih suka mengfokuskan kepada enam perkara ini . 

1.Percaya dan yakin dengan sebenarnya akan kalimah toyyibah :

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu kalimah toyyibah?secara ringkasnya kalimah toyyibah ialah kalimah “lailahaillawwah muhammadarrasulullah”.kita lihat bagaimana nabi Muhammad saw menanam kalimah toyyibah dalam jiwa para sahabat sehinggakan mereka tidak gentar dengan ujian . Buktinya sangat jelas dalam kisah Bilal bin rabbah diseksa oleh tuannya kerana hanya mempertahankan kalimah tayyibah . Dalilnya :



25.  Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku".1.      (Al-Qur’an  Surah: Al-Anbiya: 25)

Ubadah bin Tsamit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah  sallallahu alaihi wasallam: “barang siapa yang bersaksi bahwa sesunguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah utusan Allah maka diharamkan baginya api neraka.” (HR Muslim Hal 43, Tirmidzi Jilid 2 hal 88 dan menurutnya ini adalah hadis hasan sahih gharib)






2.Melaksanakan solat dalam keadaan khusyuk dan tomakninah :

Solat merupakan tiang agama dan merupakan perkara pertama yang dihisab dan dihitung di akhirat nanti . Oleh itu solat merupakan perkara yang penting . Rata-rata manusia solat tapi bagaimana untuk mendapatkan khusyuk dalam solat . Terdapat ramai para sahabat nabi saw yang dijanjikan syurga kepada mereka . Antaranya saidina abu bakar , saidina umar , saidina uthman dan lain-lain . Kenapa mereka dijanjikan syurga? jawapannya kerana mereka solat dengan husyuk serta melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan allah saw. Dalil solat orang yang berjaya ialah :



1.  Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

2.  (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,(al-mukminun : ayat 1-2)

Ibnu Umar r.a. sesunguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Shalat dengan berjamaah lebih utama 27 derjad daripada shalat sendirian (HR Al-Bukharai hal 89 Muslim jilid 1 hal 231)

3.Ilmu yang bermanafaat dan zikir(mengingati allah) :

Pada era teknologi tanpa wayar ini , ramai manusia mempunyai ilmu tapi ilmu yang mereka miliki tidak membawa dekatnya kepada allah swt . Buktinya jelas kelihatan iaitu berapa ramai manusia yang mengunjungi rumah allah swt untuk melakukan solat secara berjemaah . Lebih malang dan membimbangkan lagi wujud masalah sosial yang sering silih berganti tanpa ada penghujungnya . Orang yang berilmu akan diangkat martabat mereka di sisi allah swt . Dalilnya :  
 28.  Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

[1258]  yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.(fathir : 28)

وعن معاوية رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين))متفق عليه
Daripada muawiyah r.a. berkata : bersabda rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang allah mahukan kebaikan ,nescaya allah swt menfaqihkannya dalam agama.(bulughul maghram : hadis 1376,kitabul ilmu).

   Zikir juga memainkan peranan yang penting untuk melembutkan hati seseorang hambanya . Jika kita mempunyai masalah maka disarankan perbanyakkan zikir dan membaca al-quran . dalilnya:



28.  (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(ar-ra`d : 28)

Abu musa r.a. nabi sallawwahualaihiwassallam bersabda : Perumpamaan orang yang mengingati allah dengan orang yang tidak mengingati allah umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.(HR bukhari,halaman 948,muslim hal 265)








4.Memuliakan manusia dan kasihkan sesama muslim

Menjadi tanggungjawab setiap muslim mengasihi saudara seagama dengannya kerana kita umpama segenggam rumpun .Jika kita lemah maka kita pasti akan meminta pertolongan dengan saudara seagama dengan kita . Dalilnya :
  
       Dari Abdullah ibn Amr r.a: sesunguhnyan seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah sallallahu alaihi wasallam: siapakah yang lebih baik keislamannya? Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: kamu memberi makan dan mengucapkan slam kepada setiap orang (islam) yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal (HR.Muslim hal: 48 Al-bukhari hal 6)


5.Membetul dan mengikhlaskan niat :

Niat memainkan peranan yang penting dalam melakukan sesuatu . Oleh itu perbaharuilah niat anda setiap masa supaya tidak tepesong ke jalan yang salah . Dalilnya :



  Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus

[1595]  Lurus berarti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan
(Bayyinah : 5)



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibnIbrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslimal-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.



 6.Dakwah ialah menyeru dan mengajak manusia ke jalan yang benar menuju allah swt.dakwah  berperanan penting dalam menggerakkan jentera sesuatu agama . Hal ini kerana tanpa dakwah nescaya sesebuah agama itu pasti tidak berkembang biak . Dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara.antaranya melalui video,tulisan,perkataan,perbuatan dan sebagainya. Dalilnya :



   Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada 
jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.(Hujurat : 15)

    Dari Fudhalah bin Ubaid r.a berkata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: bersabda: Setiap mayat akan ditutup dengan amalnya, kecuali orang yang mati ketika ribath 9berjuang) dijalan Allah. Karena sesunguhnya amalnya akan bertambah hingga hari kiamat dan ia akan selamat dari Azab kubur.” Dan aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda Mujahid juaga ialah orang yang bias memerangi nafsunya” (HR tirmizi,  Jilid 2 hal 195) (hadis hasan sahih)


Sama-samalah kita amalkan dalam kehidupan seharian supaya hidup kita lebih diberkati allah 
swt . wassalam…


Rabu, 22 Februari 2012

Mencari Tautan Kasih

 
   Ramai orang beranggapan bahawa tautan kasih dan rindu hanya kepada ibu bapa , guru-guru , kekasih dan sebagainya . Akan tetapi berapa ramai manusia lupa akan cinta dan tautan kasih kepada tuhannya . Lebih malang lagi jika kita terkapai-kapai mencari tautan kasih yang sebenar namun kita tenggelam ditelan ombak sebelum sempat menggapainya . Jika kita kata kita kasih kepada ibu bapa nescaya kita akan menjaga mereka , jika kita kata kita sayangkan guru-guru kita ,sepastinya kita memberi hadiah ketika hari guru , dan jika kita cinta pada kekasih kita , nescaya kita akan selalu berhubung dengan mereka . Persoalannya adakah ini tautan kasih yang sebenarnya? mungkin benar...mungkin sebaliknya . Oleh itu teruskan membaca dan meneliti kaedah dan panduan supaya kita benar-benar mendapat tautan kasih.

   Untuk mencari tautan kasih bukan suatu perkara yang mudah . Hanya orang yang mengenalinya sahaja akan mendapatnya . Ingatlah bahawa kita dijadikan daripada segengam tanah yang ditiupkan roh oleh allah swt , ada juga berpandangan bahawa manusia dijadikan daripada air mani . Oleh itu , kita sewajarnya ingat bahawa ada kuasa yang menjadikan kita iaitu hanya allah swt . Apabila kita dilahirkan di dunia ini , kita lupa untuk mengucap kalimah syukur kepadanya . Seringkali kita ingkar dan takabbur dengan nikmat dan kesenangan hidup selama ini . Kita sering kali ungkapkan bahawa aku mempunyai rumah yang tersergam indah hasil usaha titik peluh aku sendiri . Tapi kita lupa bahawa yang memberikan semuanya itu hanyalah allah swt . Tetapi berapa ramai manusia yang mencari dunia sehingga lupa akhirat . Tidak salah mencari dunia tapi jangan kita lupa akhirat . Contoh mudah dan ringkas dapat kita simpulkan . Hari ini ramai manusia yang berpangkat besar dan berkereta mewah , namun berapa ramai manusia yang melakukan solat berjemaah di masjid mahupun surau . Ada manusia yang mengatakan nantilah aku masih muda , "nanti masa tua aku buatlah ibadat" . Namun mereka lupa bahawa adakah kamu dapat menjamin bahawa kamu akan hidup pada keesokan harinya .

Firman Allah swt dalam al-quran :

Dan kehidupan dunia ini hanya senda  gurau dan permainan . dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya , sekiranya mereka mengetahui. (Surah al-ankabuut : Ayat 64)

    Kekuatan ummat islam bergantung kepada bilangan makmum solat berjemaah di masjid . Orang kaya tidak mahu mengeluarkan zakat pada hari ini . Persoalannya kenapa hal ini berlaku? . Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan harta yang mereka usahakan selama ini merupakan usaha mereka sendiri . Allah swt berkuasa menarik balik kekayaan seseorang jika allah swt menghendakinya . Oleh itu jadilah kita orang yang selalu menjunjung titah perintah allah swt untuk mendapatkan tautan kasih .

   Begitu juga , pernahkan kita berfikir bahawa rata-rata orang di luar sana lebih susah daripada kita walaupun kita sering mengeluh kepada allah swt akan nikmat yang diberi selama ini . Jika kita ragu-ragu untuk memberi sedekah ingatlah bahawa jika kita menolong orang lain nescaya allah akan menolong kita . Mungkin kita berada dalam zon selesa selama ini , kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba kemewahan . Tetapi saudara kita di Somalia , Afrika , Iraq , Palestin dan sebagainya berada dalam ketakutan , kelaparan dan kesakitan . Jangan kita sayang dan kedekut dengan rezeki yang allah swt berikan kepada kita selama ini . Jadilah hambanya yang bersyukur dari segi percakapan dan disusuli dengan perbuatan.

Firman Allah swt dalam al-quran :

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mamaklumkan,sesungguhnya jika kamu bersyukur ,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari ( nikmatku),maka pasti azabku sangat berat.  (Surah Ibrahim : Ayat 7)


    Selain itu , ramai orang cintakan girlfriend . Namun sejauh mana kasih kepada kedua ibubapanya . Apabila kita cinta akan kekasih kita pasti kita akan menunaikan hajatnya , namun kita melontarkan 1001 alasan apabila ibu kita menelefon supaya pulang ke kampung halaman setelah sekian lama berjauhan . Sedangkan kita tahu bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu . Ibu membelai dan mengusap kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh akan tetapi apabila kita dewasa dan berjaya kita membiarkan mereka keseorangan di kampung . Lebih membimbangkan lagi , ramai anak menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan dengan alasan yang tidak munasabah . Allah swt kasih dan sayang kepada hambanya yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya.

   Sekadar itu sahaja buat kali ini . Akhirnya carilah tautan kasih di mana-mana kerana ianya pasti dekat dengan kita . Oleh itu , wahai insan perbaikilah diri kita untuk mendapatkan tautan kasih yang sebenar.Wassalam...