Terdapat banyak sifat mahmudah yang
ditunjukkan oleh para sahabat atas didikan dan tunjuk ajar rasullullah saw
dalam segenap ruang lingkup kehidupan . Namun di kesempatan ini saya akan
simpulkan enam sifat yang wajib ada dalam diri para sahabat . Orang yang aktif
dan giat untuk melakukan dakwah pasti mendalami dan memahami enam perkara ini . Hal ini kerana inilah kunci kepada tarbiyah dakwah yang diterapkan . Bukan
bermakna selain daripada sifat yang akan dihuraikan nanti terkeluar daripada
sifat mahmudah . Namun saya lebih suka mengfokuskan kepada enam perkara ini .
1.Percaya dan yakin dengan
sebenarnya akan kalimah toyyibah :
Mungkin ramai yang tertanya-tanya
apa itu kalimah toyyibah?secara ringkasnya kalimah toyyibah ialah kalimah
“lailahaillawwah muhammadarrasulullah”.kita lihat bagaimana nabi Muhammad saw
menanam kalimah toyyibah dalam jiwa para sahabat sehinggakan mereka tidak
gentar dengan ujian . Buktinya sangat jelas dalam kisah Bilal bin rabbah diseksa
oleh tuannya kerana hanya mempertahankan kalimah tayyibah . Dalilnya :
25. Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun
sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada
Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku". 1.
(Al-Qur’an Surah: Al-Anbiya: 25)
Ubadah bin Tsamit r.a berkata:
saya telah mendengar Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam: “barang siapa yang bersaksi bahwa sesunguhnya tiada Tuhan
melainkan Allah dan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah utusan
Allah maka diharamkan baginya api neraka.” (HR Muslim Hal 43, Tirmidzi Jilid 2
hal 88 dan menurutnya ini adalah hadis hasan sahih gharib)
2.Melaksanakan solat dalam keadaan khusyuk dan tomakninah :
Solat merupakan tiang agama dan
merupakan perkara pertama yang dihisab dan dihitung di akhirat nanti . Oleh itu
solat merupakan perkara yang penting . Rata-rata manusia solat tapi bagaimana
untuk mendapatkan khusyuk dalam solat . Terdapat ramai para sahabat nabi saw yang dijanjikan
syurga kepada mereka . Antaranya saidina abu bakar , saidina umar , saidina uthman
dan lain-lain . Kenapa mereka dijanjikan syurga? jawapannya kerana mereka solat
dengan husyuk serta melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan allah
saw. Dalil solat orang yang berjaya ialah :
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,(al-mukminun : ayat 1-2)
Ibnu Umar r.a. sesunguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Shalat dengan berjamaah lebih utama 27 derjad daripada shalat sendirian (HR Al-Bukharai hal 89 Muslim jilid 1 hal 231)
3.Ilmu yang bermanafaat dan zikir(mengingati allah) :
Pada era teknologi tanpa wayar ini ,
ramai manusia mempunyai ilmu tapi ilmu yang mereka miliki tidak membawa
dekatnya kepada allah swt . Buktinya jelas kelihatan iaitu berapa ramai manusia
yang mengunjungi rumah allah swt untuk melakukan solat secara berjemaah . Lebih
malang dan membimbangkan lagi wujud masalah sosial yang sering silih berganti
tanpa ada penghujungnya . Orang yang berilmu akan diangkat martabat mereka di sisi
allah swt . Dalilnya :
28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
[1258] yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini
ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.(fathir : 28)
وعن معاوية رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى
الله عليه وسلم : ((من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين))متفق عليه
Daripada muawiyah r.a. berkata : bersabda rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang allah mahukan kebaikan ,nescaya allah swt menfaqihkannya dalam agama.(bulughul maghram : hadis 1376,kitabul ilmu).
Zikir juga memainkan peranan yang penting untuk melembutkan hati seseorang hambanya . Jika kita mempunyai masalah maka disarankan perbanyakkan zikir dan membaca al-quran . dalilnya:
28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati
mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(ar-ra`d : 28)
Abu musa r.a. nabi sallawwahualaihiwassallam bersabda : Perumpamaan orang yang mengingati allah dengan orang yang tidak mengingati allah umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.(HR bukhari,halaman 948,muslim hal 265)
4.Memuliakan manusia dan kasihkan sesama muslim
Menjadi
tanggungjawab setiap muslim mengasihi saudara seagama dengannya kerana kita
umpama segenggam rumpun .Jika kita lemah maka kita pasti akan meminta
pertolongan dengan saudara seagama dengan kita . Dalilnya :
Dari Abdullah ibn Amr r.a:
sesunguhnyan seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah sallallahu alaihi
wasallam: siapakah yang lebih baik keislamannya? Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam: kamu memberi makan dan mengucapkan slam kepada setiap orang (islam)
yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal (HR.Muslim hal: 48 Al-bukhari hal 6)
5.Membetul dan mengikhlaskan niat :
Niat memainkan
peranan yang penting dalam melakukan sesuatu . Oleh itu perbaharuilah niat anda
setiap masa supaya tidak tepesong ke jalan yang salah . Dalilnya :
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya
menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama
yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan
yang demikian Itulah agama yang lurus
[1595] Lurus berarti jauh dari syirik
(mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan
(Bayyinah : 5)
Daripada
Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku
mendengar
Rasulullah
SAW bersabda:
Bahawa
sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau
kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu.Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis;
Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibnIbrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah
al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslimal-Qusyairie
al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang
paling sahih.
6.Dakwah ialah
menyeru dan mengajak manusia ke jalan yang benar menuju allah swt.dakwah berperanan penting dalam menggerakkan jentera sesuatu agama . Hal ini kerana tanpa
dakwah nescaya sesebuah agama itu pasti tidak berkembang biak . Dakwah boleh
dilakukan dengan pelbagai cara.antaranya melalui
video,tulisan,perkataan,perbuatan dan sebagainya. Dalilnya :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu
hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya,
Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan
jiwa mereka pada
jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.(Hujurat :
15)
Dari Fudhalah bin Ubaid r.a
berkata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: bersabda: Setiap mayat akan
ditutup dengan amalnya, kecuali orang yang mati ketika ribath 9berjuang)
dijalan Allah. Karena sesunguhnya amalnya akan bertambah hingga hari kiamat dan
ia akan selamat dari Azab kubur.” Dan aku telah mendengar Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam bersabda Mujahid juaga ialah orang yang bias memerangi
nafsunya” (HR tirmizi, Jilid 2 hal 195) (hadis
hasan sahih)
Sama-samalah
kita amalkan dalam kehidupan seharian supaya hidup kita lebih diberkati allah
swt . wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan