Perkataan syukur sering disebut di
bibir mulut . Tetapi sejauh mana penghayatan dan perjalanan kalimah syukur yang
kita sering ungkapkan itu . Adakah dengan hanya berkata aku sudah bersyukur . Sedangkan
cuba kita fikirkan apa yang kita telah lakukan kepada pencipta kita iaitu allah
swt . Allah swt memberikan kita makan , minum , kesihatan , nikmat tubuh badan
dan sebagainya . Cuba kita bayangkan jika allah swt meminta kita supaya
membayar setiap nikmat yang kita gunakan seperti nikmat tangan , mata , telinga
dan sebagainya . Persoalannya adakah kita mampu membayarnya? jawapannya
sepastinya kita ketahui . Cuba kita bayangkan….jika allah swt menyuruh kita
membayar setiap sedutan udara dan oksigen , nescaya kita tidak mampu
membayarnya walaupun kita mendakwa bahawa kita mempunyai wang yang banyak . Adakah
patut kita sebagai seorang hambanya berkata sedemikian . Sedangkan kita tahu
bahawa hanya allah yang memiliki segala isi langit dan bumi . Oleh itu , sewajarnya
kita mengungkapkan kalimah syukur bukan hanya sekadar di bibir mulut tanpa
disusuli dengan perbuatan . Jika kita bersyukur nescaya allah tambahkan lagi .
Firman allah swt dalam al-quran :
Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mamaklumkan,sesungguhnya jika
kamu bersyukur ,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu
mengingkari ( nikmatku),maka pasti azabku sangat berat . (surah Ibrahim:ayat 7)
Zaman mutakhir ini , terdapat
segelintir umat islam yang tidak bersyukur dan akur terhadap ujian dan cubaan
yang mereka hadapi . Seringkali kita mengatakan “Kenapa aku diuji sedemikian
sedangkan aku tidak melakukan dosa?” . Perlu ditegaskan ujian yang diberikan
oleh allah swt kepada kita ialah untuk menghapuskan dosa yang telah kita
lakukan selama ini . Mana mungkin seorang manusia itu tidak pernah melakukan
dosa sepanjang hidupnya . Manusia yang lemah sepastinya asyik mengeluh tanpa
berfikir bahawa ujian itu datang daripada allah swt .
Kita seringkali berkata “Aku sudah
belajar namun kenapa aku masih tidak berjaya?”. Sedangkan orang lain belajar
biasa-biasa sahaja jauh lebih cemerlang daripadaku . Tidak dinafikan kata-kata
tersebut , namun bagi orang yang beriman pasti akan berkata bahawa setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya . Bolehjadi jika allah swt memberi kejayaan kepada
kita , kita akan semakin jauh daripada allah swt . Oleh itu allah swt
memberikan kegagalan supaya kita semakin mencari dan menggali dengan lebih
dalam untuk lebih mengenali pencipta . Hal yang sedemikian perlu diperbaiki
supaya kita tidak berputus asa dengan rahmat allah swt . Allah swt tidak akan
memandang berapa banyak A yang kita perolehi , tetapi allah swt akan menilai
sejauh mana keimanan kepadanya.
Orang yang sering bersyukur dengan
rahmat allah pasti mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat . Akan tetapi orang
yang asyik mengeluh dan berputus asa akan berhenti di tengah jalan sebelum
sempat menamatkan lariannya . Allah swt memberi kita nikmat kaki , namun kita
sering lupa akan nikmat tersebut kerana kita tidak pernah merasai kehilangannya
. Sepastinya orang yang tidak mempunyai kaki sahaja yang tahu akan nikmatnya jika mempunyai kaki . Begitu juga nikmat
tangan , mata dan sebaginya .
Di kesempatan ini sama-samalah kita
menghitung dan menilai sejauh mana syukur kita akan nikmat allah swt sedangkan
ramai manusia di luar sana yang dahagakan nikmat ini . Mungkin rata-rata
manusia mengatakan alangkah nikmatnya ada wang yang banyak . Namun kenikmatan
yang perlu dicapai ialah kenikmatan iman dan islam . Inilah perpezaan kita
antara orang kafir dan orang islam . Akhir kata , sama-samalah kita berubah dan
menginsafi akan nikmat yang allah swt kurniakan kepada kita . Tanamkan niat
untuk berubah sepastinya anda mampu melakukannya . wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan