Setelah beberapa
hari berlalu , rasanya begitu cepat dan pantas mengenangkan masa yang sudah
berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah . Di kesempatan ini
belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki dan mengejar masa supaya kita
tidak lagi ketinggalan jauh di belakang . Hargailah ia sebagaimana kamu
menghargai diri kamu . Dalam kesibukan dunia , kita asyik mengorak langkah
mengatur strategi untuk mendapatkan habuan dunia , namun kita tidak mengatur
langkah untuk mendapatkan redha allah swt kepada kita .
Allah swt
memberikan kita waktu sehari semalam , sama rata kepada semua manusia . Akan
tetapi kenapa kita belum pernah menggunakan segala waktu yang kita ada untuk
diisi dengan aktiviti yang berfaedah . Jadikanlah waktu yang kamu ada sekarang
untuk mengumpul sebanyak mungkin kekayaan dunia dan akhirat . Ingatlah hari ini
tidak akan kembali mengulangi hari kelmarin , begitu juga tindakan kita yang
lepas pasti berlalu hilang . Lakukanlah kebaikan pada hari ini sebelum kita
tidak terdaya melakukannya lagi . Sebagai contohnya , lakukanlah solat
berjemaah di masid pada usia muda sebelum datang usia tua yang menyakitkan . Masa
tu…. Lutut dah berketar , mata dah kabul , tak terdaya boleh dikatakan….kalau
dah tahu umur kita semakin hari semakin tua…carilah bekalan dunia dan akhirat.
Firman allah swt dalam al-quran :
1.Demi masa,2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,3.Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat(berpesan-pesan)dengan
kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.(al-asr : ayat 1-3)
Jika kita mampu
bangun malam semata-mata tengok bola , kenapa kita tidak berfikir untuk bangkit
daripada tidur untuk melakukan solat malam . Banyak kelebihan dan kekuatan yang
pasti dikurniakan oleh allah swt kepada hambanya jika beristiqomah
mengerjakannya . Tidak pernah kita fikir akan mengutamakan ibubapa berbanding
kawan-kawan kita . Apabila tiba hari lahir kawan kita . Kita cepat-cepat
memberikan hadiah , namun kita tidak terlintas hendak mengucapkan hari lahir
kepada kedua orang tua kita . Mereka menjaga , membelai dan mengusap kita
daripada kecil sehingga sekarang . Kita selalu kata kita sukar menggenggam
kejayaan , namun kita lupa sebanyak mana kita memohon doa kepada yang maha esa .
Cuba kita fikirkan adakah 10 kali,20 kali,100 kali ????belum cukup wahai
saudaraku . Insyaallah tiba suatu hari pasti allah swt memakbulkannya . Kita hidup kerana allah dan kita mati
kerana allah . Ini kerana kita hamba kepada pencipta.
Firman allah swt dalam al-quran :
162.Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku , ibadahku , hidupku
dan matiku , semuanya bagi allah swt , tuhan semesta alam . (al-an`aam : ayat
162)
Begitu juga , orang yang hebat pasti sukar
untuk mengalah . Dia akan pastikan dirinya bangkit kembali kerana dia yakin
semua orang pasti berada di atas dan dibawah . Oleh itu , berusaha untuk
mendapatkannya tanpa berputus asa . Namun , manusia yang lemah semakin kecewa
dan beranggapan buruk bahawa diri ini sukar diubah , sukar yakin untuk mengulanginya
kembali . Jadilah seperti roda kereta yang sentiasa setia kepada tuanya selagi
hayat dikandung badan.
Sebelum saya
mengundurkan diri , sama-samalah kita
saling mengingati antara satu sama lain . Sesungguhnya setiap manusia pasti
melakukan kesilapan . Oleh itu , tegurlah saudaramu jika kamu melihat dia
melakukan kesalapan . Hadis nabi ada
menyebut : Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat(perkataan) . Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan