Ramai orang beranggapan bahawa tautan kasih dan rindu hanya kepada ibu bapa , guru-guru , kekasih dan sebagainya . Akan tetapi berapa ramai manusia lupa akan cinta dan tautan kasih kepada tuhannya . Lebih malang lagi jika kita terkapai-kapai mencari tautan kasih yang sebenar namun kita tenggelam ditelan ombak sebelum sempat menggapainya . Jika kita kata kita kasih kepada ibu bapa nescaya kita akan menjaga mereka , jika kita kata kita sayangkan guru-guru kita ,sepastinya kita memberi hadiah ketika hari guru , dan jika kita cinta pada kekasih kita , nescaya kita akan selalu berhubung dengan mereka . Persoalannya adakah ini tautan kasih yang sebenarnya? mungkin benar...mungkin sebaliknya . Oleh itu teruskan membaca dan meneliti kaedah dan panduan supaya kita benar-benar mendapat tautan kasih.
Untuk mencari tautan kasih bukan suatu perkara yang mudah . Hanya orang yang mengenalinya sahaja akan mendapatnya . Ingatlah bahawa kita dijadikan daripada segengam tanah yang ditiupkan roh oleh allah swt , ada juga berpandangan bahawa manusia dijadikan daripada air mani . Oleh itu , kita sewajarnya ingat bahawa ada kuasa yang menjadikan kita iaitu hanya allah swt . Apabila kita dilahirkan di dunia ini , kita lupa untuk mengucap kalimah syukur kepadanya . Seringkali kita ingkar dan takabbur dengan nikmat dan kesenangan hidup selama ini . Kita sering kali ungkapkan bahawa aku mempunyai rumah yang tersergam indah hasil usaha titik peluh aku sendiri . Tapi kita lupa bahawa yang memberikan semuanya itu hanyalah allah swt . Tetapi berapa ramai manusia yang mencari dunia sehingga lupa akhirat . Tidak salah mencari dunia tapi jangan kita lupa akhirat . Contoh mudah dan ringkas dapat kita simpulkan . Hari ini ramai manusia yang berpangkat besar dan berkereta mewah , namun berapa ramai manusia yang melakukan solat berjemaah di masjid mahupun surau . Ada manusia yang mengatakan nantilah aku masih muda , "nanti masa tua aku buatlah ibadat" . Namun mereka lupa bahawa adakah kamu dapat menjamin bahawa kamu akan hidup pada keesokan harinya .
Firman Allah swt dalam al-quran :
Dan kehidupan dunia ini hanya
senda gurau dan permainan . dan
sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya , sekiranya mereka
mengetahui. (Surah al-ankabuut : Ayat 64)
Kekuatan ummat islam bergantung kepada bilangan makmum solat berjemaah di masjid . Orang kaya tidak mahu mengeluarkan zakat pada hari ini . Persoalannya kenapa hal ini berlaku? . Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan harta yang mereka usahakan selama ini merupakan usaha mereka sendiri . Allah swt berkuasa menarik balik kekayaan seseorang jika allah swt menghendakinya . Oleh itu jadilah kita orang yang selalu menjunjung titah perintah allah swt untuk mendapatkan tautan kasih .
Begitu juga , pernahkan kita berfikir bahawa rata-rata orang di luar sana lebih susah daripada kita walaupun kita sering mengeluh kepada allah swt akan nikmat yang diberi selama ini . Jika kita ragu-ragu untuk memberi sedekah ingatlah bahawa jika kita menolong orang lain nescaya allah akan menolong kita . Mungkin kita berada dalam zon selesa selama ini , kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba kemewahan . Tetapi saudara kita di Somalia , Afrika , Iraq , Palestin dan sebagainya berada dalam ketakutan , kelaparan dan kesakitan . Jangan kita sayang dan kedekut dengan rezeki yang allah swt berikan kepada kita selama ini . Jadilah hambanya yang bersyukur dari segi percakapan dan disusuli dengan perbuatan.
Firman Allah swt dalam al-quran :
Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mamaklumkan,sesungguhnya jika kamu bersyukur ,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari ( nikmatku),maka pasti azabku sangat berat. (Surah Ibrahim : Ayat 7)
Sekadar itu sahaja buat kali ini . Akhirnya carilah tautan kasih di mana-mana kerana ianya pasti dekat dengan kita . Oleh itu , wahai insan perbaikilah diri kita untuk mendapatkan tautan kasih yang sebenar.Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan