Maksud : Hutang ialah wang yang diminta dan diambil
daripada orang lain dan si penghutang itu berjanji akan memulangkan hutang yang
dipinjam dengan jumlah yang sama nilainya . Samaada melalui wang atau tukaran
barang mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak .
Hutang menjadikan seseorang itu menanggung
derita kerana sepastinya orang yang memberikan hutang akan mengancam diri
penghutang itu sendiri . Jika penghutang dapat melepaskan diri sekalipun
nescaya dia tidak terlepas daripada allah swt . Ini menunjukkan berhutang
membawa banyak keburukan daripada kebaikan . Orang yang berada dalam
kemiskinan dan kesederhanaan lebih bahagia daripada orang yang berada dalam
keadaan berhutang walaupun seseorang itu miskin namun sinaran cahaya kian
meluas sedangkan berhutang menjadikan cahaya akan lari berjauhan daripada kita
.
Hutang juga merupakan satu jalan yang tidak
elok untuk memenuhi kehendak hawa nafsu semata-mata seperti membeli kereta yang
berjenama sehingga sanggup berhutang dan bergadai nyawa untuk memilikinya . Orang
yang menanggung hutang yang banyak pasti menjadikannya muflis suatu hari nanti .
Hal ini disebabkan segala harta dan asset yang dia miliki akan ditarik dan
dijual untuk melangsaikan hutang yang dipinjam .
Begitu juga allah swt menyarankan kita
mencatat dan menulis hutang sebagai bukti . Sebagaimana firman allah swt yang
jelas dan cukup panjang dalam al-quran :
282 . Wahai
orang-orang yang beriman ! Apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu
yang ditentukan , hendaklah kamu menulisnya . Dan hendaklah seorang penulis
diantara kamu menulisannya dengan benar . Janganlah penulis menolak untuk
menuliskannya sebagaimana allah swt mengajarkan kepadanya , maka hendaklah dia
menuliskan . Dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan , dan
hendaklah dia bertakwa kepada kepada allah swt , tuhannya dan janganlah dia
mengurangi sedikitpun daripadanya . Jika yang berhutang itu orang yang kurang
akalnya atau lemah(keadaannya) , atau tidak mampu merencanakan sendiri , maka
hendaklah walinya merencanakannya dengan benar . Dan persaksikanlah dengan dua
orang saksi laki-laki diantara kamu . Jika tidak ada (saksi) dua orang
laki-laki , maka (boleh)seorang lelaki dan dua orang perempuan diantara orang
yang kamu sukai dari para saksi(yang ada) , agar jika yang seorang lupa maka
yang seorang lagi mengingatinya . Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila
dipanggil . Dan janganlah kamu bosan menuliskannya , untuk batas waktunya
baik(hutang itu)kecil mahupun besar . Yang demikian itu , lebih adil disisi
allah swt , lebih dapat menguatkan kesaksian , dan lebih mendekatkan kamu
kepada ketidakraguan , kecuali jika hal itu merupakan perdagangan tunai yang
kamu jalankan diantara kamu , maka tidak ada
dosa bagi kamu jika kamu tidak menuliskannya . Dan ambillah saksi
apabila kamu berjual beli , dan janganlah penulis dipersulitkan dan begitu juga
saksi . Jika kamu lakukan (yang demikian) , maka sungguh , hal itu suatu
kefasikan pada kamu . Dan bertakwalah kepada allah swt , allah swt memberikan
pengajaran kepadamu , dan allah maha mengetahui segala sesuatu .(Al-Baqarah
: 282)
Ayat diatas menjelaskan kepada kita betapa
hutang ini merupakan suatu yang membawa kepada perpecahan , pertelingkahan dan
pembunuhan jika kita gagal mengatasinya . Sehinggakan adik beradik , sanak
saudara , kawan karib dan jiran tetangga sanggup memutuskan hubungan
silaturrahim disebabkan masalah hutang . Apapun yang berlaku kita sebolehnya
mengelakkan permusuhan diantara kita disebabkan masalah ini .
Kadang-kadang manusia leka dan lalai
daripada mengingati allah swt disebabkan syaitan dan musuh-musuh allah swt yang
lain seperti makhluk halus dan sebagainya menggunakan tipu daya yang membuatkan
manusia rambang mata apabila melihat nikmat dunia yang canggih . Ramai manusia
menggunakan makluk halus untuk memusnahkan orang lain dan mendapatkan apa yang
dihajatinya . Namun demikian azab allah swt lebih pedih kepada masyarakat yang
menggunakannya . Bagaimana firman allah swt menjelaskan kepada kita bahawa
syaitan akan sentiasa melakukan tipu daya terhadap manusia .
5 .Wahai
manusia ! Sungguh , janji allah swt itu benar , maka janganlah kehidupan dunia
memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu , memperdayakan
kamu tentang allah swt .
6 .Sungguh
, syitan itu musuh bagimu , maka perlakukan ia sebagai musuh , kerana
sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi
penghuni neraka yang menyala-nyala .
7 .Orang-orang
yang kafir , mereka akan mendapat azab yang sangat keras . Dan orang-orang yang
beriman dan mengerjakan kebajikan , mereka memperoleh ampunan dan pahala yang
besar .
8 .Maka
apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya , lalu menganggap
baik perbuatannya itu? Sesungguhnya allah swt menyesatkan siapa yang dia
kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki . Maka jangan
engkau(muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka . Sesungguhnya
allah swt maha mengetahui apa yang mereka perbuat .
(Fatir :
5-8)
Tidak semestinya orang yang kaya itu bahagia
bagi mereka . Namun mata dan hati manusia mengatakan bahawa alangkah bahagianya
orang yang memiliki harta yang melimpah ruah . Boleh jadi orang yang kita lihat
kaya dan memiliki kemewahan itu ialah orang yang tidak bahagia dan aman berada
di muka bumi allah swt kerana barangkali dia berhutang walaupun dia dapat
menaiki kereta mewah sekalipun . Apa yang penting biar kita bahagia dunia dan
akhirat . Lihatlah bagaimana allah swt mengagihkan nikmatnya kepada semua
manusia samaada orang islam atau kafir . Akan tetapi perbezaannya ialah orang
islam mendapat kenikmatan dunia dan akhirat . Namun orang kafir diberi
kenikmatan yang melimpah ruah di dunia dan diazab diakhirat . Inilah perbezaan
dan kelebihann orang islam berbanding orang kafir .
Akhirnya saya cuba mengutarakan solusi yang
kita dapat ambil supaya diri kita tidak menjadiakn hutang sebagai jambatan
mencari nikmat duniawi :
1-Sederhana dalam
berbelanja : Jika kita tidak mampu memiliki barang yang mahal , maka usah paksa
diri untuk memilikinya kerana jika kita mengikutinya pasti kita berhutang untuk
dapatkannya .
2-Jangan bertangguh
membayar hutang jika kita mempunyai wang untuk melangsaikannya.
3-Usah berbohong
dalam mencari kenikmatan dunia sehingga kita lupa makan duit haram.
4-Kita fikir,boleh
jadi kita tidak sempat bayar wang orang yang dipinjam sebelum kita menutup mata
bertemu allah swt . Oleh itu waspada dalam meminjam dan berhutang.
5-Jangan mengikuti
hawa nafsu yang membuak-buak.
6-Selalu berdoa untuk
menjauhi hutang kerana hutang pasti memakan diri sendiri.
7-Bersyukur dengan
rezeki allah swt.
Akhir kalam , saya menyeru diri sendiri ,
sahabat-sahabat , kawan karib dan teman seperjuangan supaya melangsaikan hutang
apabila kita berhutang . Oleh itu tidak salah berhutang , akan tetapi
menjelaskan hutang itu lebih penting kita utamakan . Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan