Ramai manusia sering kali diuji dengan
pelbagai dugaan dan masalah hidup . Namun manusia sering kali sukar untuk
menerima takdir dan hakikat yang berlaku . Sehinggakan asyik mengalah dan
mengatakan kesalahan orang lain penyebab dalam sebuah kegagalan . Memang sukar
menerima takdir yang kita tidak sangka-sangkakan . Bagaimana allah swt akan
menguji manusia sebagaimana firmannya :
31.Dan sungguh , kami
benar-benar akan menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yang
benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu , dan akan kami uji perihal
kamu . (Muhammad : 31)
Begitu juga , manusia sanggup menangis
kerana gagal namun ramai mana manusia yang menangis kerana melakukan maksiat .
Persoalannya apakah kita yang berkuasa menentukan segala-galanya . Akan tetapi
manusia lupa apa yang telah allah swt kurniakan kepadanya selama ini walaupun
hanya sekeping roti yang tiada nilai di sisi masyarakat . Sehinggakan
sesetengah manusia sanggup membuang dan melemparkannya begitu sahaja tanpa
berfikir panjang . Alangkah rugi dan malangnya manusia mengharapkan kemewahan
dan kejayaan di dunia sehinggakan dia lupa kepada allah swt . Mungkin ramai
manusia boleh bercakap dan beranggapan bahawa orang yang bercakap itu lebih
senang dan lancar untuk mengatakan sabar dan relaks . Akan tetapi kita buat
tidak endah sahaja . Hal ini kerana kamu boleh cakap yang demikian sebab kamu sudah
lulus . Tapi jika kita fikir dan imbas kembali dosa kita kepada allah swt
memang tidak terkira banyaknya . Bolehjadi apa yang sahabat kita beritahu itu
adalah betul kerana apabila kita marah dan asyik menyalahkan takdir membuatkan
diri kita lemah dan tak terdaya . Kejayaan dan kegagalan itu milik allah swt .
Hanya allah swt mampu menolong hambanya dikala hambanya putus semangat , hilang
selera makan dan sebagainya . Tetapi adakah kita terfikir untuk memohon dan
mengadu kepada yang maha esa . Bolehjadi allah swt menangguhkan dahulu kejayaan
kita buat masa ini untuk kejayaan kita pada masa akan datang . Alangkah
indahnya kita apabila hidup berdamping dan bergantung kepada allah swt .
Firman allah swt
dalam al-quran :
28.(Yaitu) orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat allah . Ingatlah
, hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenteram.(Ar-ra`d : 28).
Lihatlah air yang sentiasa mencari jalan
untuk mengalir bukan hanya mencari alasan dan kesalahan orang lain untuk
dipersalahkan . Namun begitu kita disarankan berusaha dan terus maju untuk
mendapatkan apa yang kita inginkan . Carilah wasilah(jalan) untuk
memperolehinya . Nescaya pintu rahmat dan pertolongan allah swt amat berguna
kepada orang yang ingin berubah daripada gagal kepada kejayaan . Walaupun kita
sering kali tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku , namun kita mesti ingat
kekuatan luar biasa pasti datang daripada allah swt . Oleh itu ayuh temanku… bangkit
daripada tidur dan mimpi untuk mengubah hidup ini supaya hari ini menjadi lebih
baik dari semalam . Walaupun ujian seperit mana , kita harus tanganinya…telanlah
ia…bimbinglah ia supaya kita lebih terkehadapan pada masa akan datang . Masalah
kekecewaan dan kelemahan pasti mengundang padah kepada manusia yang lemah . Akan
tetapi manusia yang kuat akan tetap bangkit berdiri membina empayarnya sendiri
untuk memajukan agama , bangsa dan negara . Kecewa dan rasa bersalah pada diri
kadangkalanya membawa kelemahan dan kehinaan seperti bunuh diri , mogok lapar
dan sebagainya . Hal ini amat membimbangkan kerana manusia sanggup mengorbankan
nyawa kerana masalah kecil . Cuba kita fikir???adakah kejayaan kita buat masa
ini menjamin kita berjaya pada masa akan datang?belum tentu . Begitu juga
dengan masalah cinta?ramai anak muda dan remaja mensia-siakan hidupnya dengan
membunuh diri akibat kecewa . Persoalannya?adakah islam menyuruh hambanya melakukan
hal yang demikian . Islam menggesa umatnya supaya tabah dan sabar menghadapi
liku-liku dan ranjau hidup ini . Bukan semua manusia yang dapat merasai
kegagalan dan bukan semua manusia merasai nikmat kesenangan . Oleh itu , kita
perlu bersyukur diatas kurniaannya yang menjadikan sesuatu keputusan . Ada
hikmahnya allah swt menguji kita sedemikian rupa . Apa yang penting belajar dari
kesilapan untuk mencorakkan masa hadapan yang lebih gemilang dan terbilang . Allah
swt akan menguji hambanya untuk melihat sejauh mana keimanan kepadanya .
Firman allah swt
dalam kalamnya :
2.Apakah manusia
mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,kami telah
beriman dan mereka tidak diuji?.(Al-ankabut : 2).
Apa yang penting ialah yakin dan percaya
ketenangan dan kekuatan itu milik allah swt bukan milik kita ataupun milik manusia
lain . Oleh itu , jadilah allah penolong dan tempat mengadu yang sebaik-baiknya
. Sebagaimana firman allah swt dalam al-quran yang mulia :
4.Dialah yang telah
menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan
atas keimanan mereka yang telah ada . Dan milik allahlah bala tentera langit
dan bumi(1) , dan allah maha mengetahui , maha bijaksana .
(1)Penolong yang
dijadikan allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat,haiwan,angin taufan
dan sebagainya.(Al-fath : 4).
Akhir kalam , sama-samalah kita menginsafi
diri yang kerdil ini untuk mengangkat tangan memohon ampun dan doa supaya
dipermudahkan urusan dan diberi ketabahan serta kekuatan untuk meneruskan
kehidupan yang masih jauh dan berliku . Maka pilihlah jalan yang lurus supaya
bahagia dunia dan akhirat . Wassalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan