Perkara makhruh ketika solat :
i.Memalingkan tengkok ketika solat kecuali ada keperluan . Makruh
ini berlaku jika berpaling dengan tengkok . Sekiranya berpaling dengan dada ,
maka batallah solatnya .
ii.Mengangkat pandangan ke atas .
iii.Bermain dengan rambut dan menyinsing baju .
iv.Sembahyang ketika makanan sudah dihidangkan . Jika dia solat ternyata hatinya teringat
kepada makanan .
v.Solat dalam keadaan menahan hadas kecil dan besar .
vi.Sembahyang dalam keadaan mengantuk .
Perkara yang membatalkan solat :
1.Bercakap dengan sengaja .
2.Pergerakan yang banyak .
3.Pakaian yang terkena najis .
4.Terdedah aurat ketika solat .
5.Makan dan minum .
6.Berhadas sebelum salam yang pertama .
7.Berdehem , ketawa , menangis dan mengerang sakit .
8.Mengubah niat .
9.Membelakangkan kiblat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan