Allah swt menciptakan manusia dalam pelbagai
tingkah laku,ada yang soleh ada yang kurang soleh . Begitu juga ada yang terus
mencari hidayah , namun yang lebih malang lagi ialah orang yang jauh dari hidayah
allah swt . Nur (cahaya) hidayah akan terpancar kepada manusia yang terpilih
sahaja . Alhamdulilah kita dilahirkan dalam keadaan islam dan yakin berterusan
sehingga ke penghujung hayat . Seringkali
manusia melakukan kesalahan , samaada kecil atau besar , tua atau muda . Alam
ini tidak akan aman dan makmur jika tidak ada manusia yang menjalankan amar
makruf nahi mungkar . Hal ini kerana manusia asyik lalai dan lupa akan kenapa ia diciptakan? Persoalannya pihak mana yang
perlu dipersalahkan? adakah pemerintah , ibu bapa , ataupun kawan . Dalam hal
ini , kita tidak perlu menunding jari menyalahkan sebelah pihak sahaja . Tetapi
apa yang lebih penting ialah diri seseorang individu itu sendiri harus
dipersalahkan .
Sebagaimana Allah
swt berfirman di dalam al-quran :
104.Dan
hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh
(berbuat ) yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar . (137) Dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung . (Ali-imran : 104)
(137).Makruf
ialah segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada allah swt , sedangkan
mungkar ialah segala perbuatan yang
menjauhkan diri dari allah.
Allah swt menjadikan umat islam ialah umat
terbaik kerana umat islam saling berpesan diantara satu sama lain.
Firman allah swt
dalam al-quran :
110.Kamu (umat
islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia , kerana kamu menyuruh
berbuat yang makruf , dan mencegah dari yang mungkar , dan beriman kepada allah
. Sekiranya ahli kitab beriman , tentulah itu lebih baik bagi mereka . Diantara
mereka ada yang beriman , namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik . (Ali-imran
: 110)
Terdapat beberapa cara dan kaedah untuk
mencegah kemungkaran sebagaimana hadis di bawah . Walaupun begitu bukan
bermakna hanya itu sahaja cara yang kita mampu lakukan untuk mencegah
kemungkaran .
Dari Abi
Said Al-Khudri r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda : siapa yang
melihat kemungkaran diantara kamu hendaklah ia mengubah dengan tangan , jika tidak mampu hendaklah ia mengubahnya
dengan lisannya , jika tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya , hal
yang demikian adalah selemah-lemah iman . (riwayat muslim).
Jelaslah bahawa hadis diatas menyarankan
kita mengubah dengan tangan (kuasa) ika kita mampu melaksanakannnya , jika
tidak mampu , maka ubahlah dengan percakapan , kalau tidak mampu juga bencilah
di dalam hati dengan bertekad tidak akan mengikuti jejak langkah mereka .
Akhir kalam , marilah kita semua berganding
tenaga untuk saling menasihati diantara satu sama lain , kerana barangkali kita
tidak perasan akan kesalahan yang kita lakukan , bolehjadi orang lain menyedari
kesalahan kita . Oleh yang demikian haruslah kita saling mengingati diantara
kita . Semoga hidup ini lebih bermakna dengan saling mengubah kearah kebaikan . Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan