…..Bismillahirahmanirrahim…..
1.Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan.
2.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.Bacalah , dan tuhanmulah yang maha mulia.
4.Yang mengajar manusia dengan pena.
5.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-Alaq : 1-5)
Jelas ayat diatas ,
allah swt menyuruh dan menyeru hambanya membaca . Hal ini kerana membaca
merupakan sumber pengetahuan dan penghilang kejahilan . Membaca merupakan satu
ibadah jika membaca kerana allah swt . Niat
memainkan peranan yang penting sekali . Kita sering kali membaca doa yang berbunyi : Sesungguhnya sembahyangku , ibadatku , hidupku
dan matiku , semuanya bagi allah , tuhan semesta alam. (Al-An`aam : 162) . Akan
tetapi kita lupa dan alpa dengan apa yang kita lakukan sehinggakan kita lupa
apa yang diungkapkan .
Wahyu pertama
diturunkan kepada nabi besar Muhammad saw ialah membaca . Ini menunjukkan
bahawa allah swt menggesa supaya orang islam membaca . Mana mungkin seorang
yang inginkan kejayaan ,tetapi tidak
membaca . Bagaimana allah swt menciptakan langit dan bumi supaya manusia menilai
dan mengambil pengajaran melalui pembacaan dan pemerhatian .
Firman allah swt dalam al-quran :
190.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan
pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaran allah bagi orang yang
berakal.
191.(yaitu) orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri ,duduk
atau dalam keadaan berbaring , dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi seraya berkata , ya tuhan kami ,tidaklah engkau menciptakan semua ini
sia-sia , mahasuci engkau ,lindungilah
kami dari azab neraka. (Ali-Imran : 190-191) .
Allah swt meletakkan
perbezaan diantara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui .
Lebih-lebih lagi mengenai ilmu ukhrowi berbanding ilmu duniawi .
Firman allah swt dalam al-quran :
9….katakanlah , “Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui? sebenarnya hanya orang yang berakal
sihat sahaja yang dapat menerima pelajaran”.(Az-Zumar : 9).
Begitu juga
,terdapat hadis nabi swt yang menjanjikan ganjaran dan nikmat kepada sesiapa
yang menuntut ilmu . Pepatah melayu ada
mengatakan “membaca jambatan ilmu”.
Dari Muawiyah r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : ((Barangsiapa
yang allah swt mahukan kebaikan darinya nescaya dikurniakan
kepandaian(kecerdikan) di dalam agama))muttafaqun alaihi.
Apabila mati
seseorang anak adam nescaya terputus amalannya . Akan tetapi ilmu yang
disampaikan kepada orang lain akan menolongnya di akhirat kelak .
Dari Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : (( Apabila mati seorang anak adam maka
terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah ,atau ilmu yang bermanafaat padanya , atau
anak soleh yang mendoakannya ))riwayat muslim.
Lantaran itu , membacalah
selagi hayat dikandung badan kerana dengan ilmu dapat mengubah segala-galanya .Wallahhua`lam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan