Kontemporari merangkumi banyak cara
dan kaedah yang kita perlu tahu dalam membuat dan menilai sesuatu perkara . Perkara
yang perlu kita selesaikan juga memainkn peranan yang penting dalam menangani
sesuatu masalah yang mungkin sukar bagi sesetengah manusia untuk
menyelesaikannya .
Ramai orang ingin berdakwah dan
berniat untuk mengubah orang lain untuk jadi lebih baik daripada sekarang . Namun
sukar untuk menyatakan kaedah dan cara yang betul bagi menyelesaikan masalah
itu . Apa-apapun mungkin saya dapat kongsikan sedikit sebanyak tentang konsep
dan realiti dakwah kontemporari . Kaedah pertama , kita melihat dua orang
sedang berkapel di tepi pantai ??? Apa yang perlu kita lakukan ??? Bagaimana
caranya . Adakah kita boleh terjah memarahi mereka atau kita menghina mereka ???
Timbul persoalan di sini bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah yang kian
menjadi-jadi . Bagi pandangan saya , pertama kita mestilah mengajukan persoalan
seperti….Assalamualaikum adik…nie siapa? ringkasnya dahulu dengar penjelasan
mereka dan jangan terus menyerang tanpa usul periksa . Apabila sudah jelas
maklumat tersebut barulah kita mengatakan kesalahan mereka dan memberi nasihat
akan keburukan dan kemusnahan berkapel . Apa kata kita beri cadangan supaya
mereka segera melangsungkan perkahwinan . Seterusnya , gunakan bahasa yang
lembut dan cantik supaya mereka akan berasa selesa dengan teguran kita . Dengan
itu kita dapat menarik mereka ke lembah kebaikan dan melupakan kejahatan yang
mereka pernah lakukan sebelum ini .
Begitu juga , seorang yang berdakwah
mestilah berhenti sikap suka menghukum tanpa usul periksa kerana hal ini akan
membawa kepada fitnah dan pertelingkahan yang berpanjangan . Selain itu , seorang pendakwah mestilah sentiasa menjaga
amalan sunat dan fardhu supaya mendapat kekuatan daripada allah swt untuk
membawa agamanya . Aantaranya zikir , solat sunat , membaca al-quran , puasa
sunat dan sebagainya .
Kita asyik marah apabila orang islam
masuk kristian , tapi kita lupa bahawa kita kurang dalam menjalankan kerja dakwah
menuju allah swt . Apa tidaknya kita asyik mengajar dan berdakwah hanya di
surau atau masjid . Oleh yang demikian , selain daripada tempat itu kita kurang
untuk mempraktikkan amalan dakwah sebagaimana sahabat nabi saw yang selalu
memberi nasihat sama ada di pasar , di rumah dan sebagainya . Lantaran itu ,
islam tersebar luas ke serata dunia . Lihatlah saudaraku bagaimana sahabat nabi
mkenjalankan kerja dakwah yang tidak mengenal erti susah dan payah .
Tahukah saudara salah satu cara orang
kristian menjalankan tugas dan kerja dakwah mereka . Antaranya , pernahkan
saudara fikir semasa kita solat jumaat . Terdapat segelintir remaja kita yang tidak
mengerjakan solat jumaat dan mereka lepak di luar masjid . Orang kristian
menjalankan dsakwah mereka semasa orang islam lain mendengar khutbah dengan
memberi nasi bungkus kepada remaja islam . Dan akhirnya lama-kelamaan remaja
islam tertarik dan terdetik untuk masuk kristian . Mereka beranggapan orang
kristian baik hati kerana setiap jumaat mereka akan memberi nasi bungkus . Akhirnya
semakin hari semakin bertambah orang murtad di Malaysia . Lihatlah bagaimana
cara dan kaedah orang kristian menggunakan uslub dakwah untuk menarik anak muda
kepada kristian . Perkara ini adakah kita peduli???.
Kaedah lain juga ialah , jika kita
rasa kita tidak mampu menjalankan kerja dakwah , kita sewajarnya mengambil bahagian
dengan ngo dakwah supaya kita dapat saham untuk bekalan akhirat kita . Tambahan lagi , seorang pendakwah melakukan kebaikan terlebih dahulu jika mahu orang lain mendengar danmengikuti dakwahnya . Ringkasnya perlu jadi contoh teladan yang baik .
Di sini saya tinggalkan persoalan
untuk kawan-kawan dan sahbat saya fikir bagaimana hendak menangani masalah di
bawah ini .
1. Anda dijemput dari sekolah anda
untuk memberi motivasi kepada pelajar yang suka mencuri , merompak , ponteng
sekolah , malas belajar dan masalah disiplin . Bagimana anda mahu berdakwah
kepada mereka? Fikirkan .
2. Anda seorang da`ei . Bagaimana anda
mahu berdakwah kepada orang yang berada dalam penjara? Bincangkan .
3. Mutakhir ini , terdapat banyak
masalah hubuAngan sejenis? Bagaimana anda mahu mengatasinya? Fikirkan .