Manusia sering kali ditimpa gelisah , keresahan , kegagalan , ujian dan
sebagainya . Namun , semua itu manusia mampu mengatasinya dengan berusaha untuk
mengelak daripada takdir . Akan tetapi bukan semua manusia dapat menyelesaikan
masalah dengan hanya berdiam diri dan berkurung di dalam bilik . Apa yang
penting di sini ialah bagaimana cara dan kekuatan yang kita ada untuk membina
benteng bagi menghadapi masalah yang semakin berpanjangan dan berterusan . Manusia
asyik menyalahkan sesuatu jika berlaku hal yang kurang menyenangkan . Sebagai
contohnya , saya datangkan suatu cerita supaya kita tidak boring mengikuti blog
ini :
Pada suatu hari , Syafiq dan Ayub pergi bersiar-siar di sebuah pusat
beli belah yang terkenal di ibu kota . Mereka keluar tanpa kebenaran daripada
ibu bapa . Jam menunjukkan jam 9.00 malam . Syafiq mencapai kunci motor yang
diletakkan di atas meja , lalu pergi ke rumah ayub . Sepanjang perjalanan , syafiq
berasa gementar dan serba salah kerana keluar daripada rumah tanpa pengetahuan
ibu bapa . Setibanya di rumah ayub . Syafiq menelefon ayub dan memberitahu
bahawa dia sedang berada di hadapan rumahnya . Ayub tanpa membuang masa
membonceng motosikal yang dipandu oleh syafiq ke pusat beli belah tersebut . Setibanya
sampai di pusat beli belah tersebut . Tiba-tiba seorang inspektor polis
menyapanya . Adik , boleh tunjukkan lesen . Syafiq segera menghulurkan lesen .
Ok dik , diringkaskan cerita , apabila hendak pulang ke rumah . Ayub terjatuh
kerana terpijak kulit pisang . Ayub mengeluh kesakitan . Kata ayub : Siapa yang
membuang kulit pisang di merata-rata tempat nie? kalau x aku x jatuh…Tiba2 datang
seorang pak cik tua menegur kepada mereka . Nak… x baik cakap macam tu . Jangan
menyalahkan takdir . Mereka mula insaf . Mereka teringat bahawa mereka keluar
tanpa pengetahuan ibu bapa . Mereka bertekad dan berazam untuk tidak lagi
mengulangi kesalahan mereka .
Setibanya di rumah , mereka memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa
mereka dan menceritakan apa yang berlaku . Syafiq dan ayub bersyukur diatas
kejadian semalam kerana mereka mendapat hidayah untuk berubah dan mendengar
nasihat ibu bapa . Mereka menjadi anak yang taat kepada suruhan agama .
Kesimpulannya , kita sewajarnya tidak menyalahkan takdir semata2 , akan
tetapi kita perlu yakin dan percaya segala kesulitan dan kesusahan pasti ada
hikmahnya .