Rukun solat
1) Niat .
|
8) Duduk diantara dua sujud dan toma`ninah .
|
2) Takbirratul ihram .
|
9) Duduk tahiyat akhir .
|
3) Berdiri bagi siapa yang mampu .
|
10) Bacaan tahiyat akhir .
|
4) Baca al-fatihah .
|
11) Selawat keatas nabi .
|
5) Rukuk berserta toma`ninah .
|
12) Salam pertama .
|
6) Iktidal daripada rukuk dengan tomaninah .
|
13) Tertib .
|
7) Sujud dan toma`ninah .
|
|
Sunat-sunat solat
Sunat solat terbahagi kepada tiga bahagian :
1-Sunat sebelum solat :
i. Azan.
ii. Iqamah.
iii.meletakkan sesuatu di hadapan tempat sujud.
2- Sunat semasa solat terbahagi kepada dua . Sunat ab`ah dan hai`ah
. Sunat ab`ad dituntut untuk menampal dengan sujud sahwi jika meninggalkannya . Manakala sunat hai`ah tidak dituntut untuk menampalkannya
dengan sujud sahwi . Antaranya ialah :
a) Sunat ab`ah :
- Duduk bagi tasyahhud awal .
-Bacaan tasyahhud awal .
- Selawat keatas nabi selepas tasyahhud awal .
- Selawat keatas nabi selepas tasyahhud akhir .
-Berdiri bagi membaca qunut .
- Membaca Qunut .
-Selawat keatas keluarga nabi selepas qunut .
-Selawat keatas keluarga nabi selepas tasyahhud akhir .
b) Sunat hai`ah :
- Mengangkat tangan semasa takhbirratul ihram , ketika rukuk
dan bangkit daripadanya .
- Letak tangan kanan diatas tangan kiri ketika berdiri .
- Lihat pada tempat sujud .
-Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram .
-Membaca istiazah selepas doa iftitah .
-Membaca dengan kuat dan perlahan di tempat2 tertentu .
Contohnya : Sunat baca kuat pada solat subuh , dua rakaat
pertama pada solat maghrib dan isya` , solat jumaat , solat hari raya , solat
gerhana bulan , solat minta hujan , tarawih dan witir pada bulan ramadhan . Disunat
bagi iman atau solat sendirian .
Contohnya : Sunat baca perlahan pada solat zohor , asar dan
selain daripada di atas .
-Menyebut amin ketika selesai al-fatihah .
-Membaca surah ataupun ayat daripada al-quran selepas bacaan
al-fatihah .
-Mengucap takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun
yang lain .
-Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud .
-Meletakkan dua tangan di atas peha ketika duduk tahiyat
awal dan akhir .
-Membaca selawat ibrahimiyah dan doa selepas tahiyat akhir .
-Memberi salam yang kedua (sebelah kiri) .
3.Sunat selepas solat :
i.Menyapu kepala dengan tangan .
ii.Istighfar , zikir dan doa .
iii.Berpindah tempat dari tempat sembahyang fardhu ketika
hendak menunaikan sembahyang sunat .
iv.Apabila golongan lelaki solat di masjid dan di belakang
mereka terdapat golongan wanita , maka disunatkan kepada golongan lelaki agar
tetap duduk di tempat mereka sehinggalah golongan wanita meninggalkan tempat
solatnya .